BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, August 27, 2012

BUMI KUANTAN ^^

fuhhhhhhh, disebabkan dah lame giler tak bukak blog nie, maka saya dah terlupa akan passwordnye,
setelah berusaha dengan gigih dengan kondusi tenet yg sangat gering,
entah macam mana, blog nie telah berjaya dibuka ^^ betul orang kate, jangan cepat putus asa.. haha

Saya tak pasti berada di bumi KUANTAN nie satu pilihan yang bijak,
mungkin saya cuma layak jadi warga JOHOR.... kenapa?
entahlah kenapa, nak sesuaikan diri kat tempat baru memang sangat susah,
mungkin kalau praktikel kat JOHOR pon akan berada di situasi yang sama,
tapi lebih dekat dengan keluarga itu lebih better saya kira,
paling kurang saya boleh balik tiap2 minggu,  dan itulah agenda utama ^^

Macam mana jadi seorang guru?
saya tak pasti kalau saya boleh jawab soalan nie dengan tepat,
sebab mood akan berubah mengikut keadaan , masa, dan persekitaran...
so perasaan menjadi seorang guru pon akan berubah (boleh ke jawab gini? haha)

ada masa, saya rasa best, sebab pelajar kat sini o.k.2 semuanya,
diorang dah saya anggap macam anak sedare sndiri ^^
biler diorg tak dengar apa yang saya cuba sampaikan, ok saya terasa,
tapi biler pikir2 balik,
saya dulu pon macam tu,
so saya tak perlu nak terase sangat lah kan, ^^

ada masa saye akan rase sangat sedih,
-sedih biler saya x mampu nak siapkan RPH dalam masa yang tepat,
maka RPH telah menjadi terkumpul dan terbangkalai,
owhhhhh sangat banyak !!!
-sedih biler kira2 masa yang saya akan habiskan di KUANTAn berbaki lagi 2 bulan,
dan itu adalah sangat lama,
saya dah tak sanggup nak berada disini,
walaupun masa kini bergerak dengan sangat pantas, tapi sara tetap rasa yg 2 bulan di kuantan akan menjadi sangat lama ... grrrrrrr...

apa masalah utama berada disini?
tak banyak masalah di bumi kuantan melainkan masalah dengan diri sendiri!!!
-kalaulah saya lebih berani....
-kalaulah saya lebih rajin...
-kalaulah saya lebih peramah....
-kalaulah saya lebih cepat mesra...
-kalaulah saya pandai berborak....
-kalaulah sayapandai sesuaikan diri....
*semua akan ok kalau saya buang perkataan "kalau" kat atas nie ~~

siapa yang paling saya rindu?
siyes sekarang terasa rindu pulak dekat budak sahi...
biarpun die tak rindu saya itu tak mengape,
hahahaha
lama sangat dah rasenye tak jumpe die,
hilang sorang geng nak diajak mengumpat,
nak makan sesame,
nak ajak melepak,
tak pe lah, maseh ade sem 8 kan...
akan kita abeskan sem 8 bertiga dengan cemerlang ok ><

ok lah, tulis panjang2 pon bukan ade org nak bace... lagipun saye bukan seorg blogger yang punye banyak idea... maka sampai disini saje lah yer.... daaaaa ^^

Tuesday, June 5, 2012

EXAM

esok dah start exam, tapi entah kenape bahang exam bagai tak terase..... kemalasan melanda diri yg menyebabkan rase risau tu hilang entah kemane... owhhhh kenape lah dengan aku nie. kalau dulu, sem2 lepas mesti skrg  tgh sebuk membace, FB jgn kate mmg x tgk sgt lah... tapi sem nie kenape yer??

mula bimbang dengan diri sendiri.... kosong, ye cume kosong dalam jiwa ini... aduhai kenape lah jadi gini....

nak kene muhasabah diri balik nie, tapi bile? esok dah start exam lah syg oiii.... ermmmm x pe lah, ape pon keputusannya aku redha, mmg salah diri sendiri pon kan... x pe2, moge nasib menyebelahi saye esok... moga ALLAH masih mahu menolong hambanya yg sangat lah lemah ini... owhhh TUHAN, tiada kuasa sehebat kuasaMU, aku yg lemah ini tiada tempat mengadu, maka bantulah aku ya TUHAN....

Thursday, November 17, 2011

gamba nie mase kitorang tengah lepak2 kat kafe, dah tak ingat lah pulak mase nie kitorang makan aper~~
yang penting, sem 5 bukanlah satu sem yang best,
tak ade aktiviti atau peristiwa menarik untuk diingat,
kitorang jalani hari-hari yang biasa dengan cara hidup yang sama,
bangun tido, mandi, solat, pegi kelas, balik kelas, makan, tido.....
sama tiap2 hari,

giler ko tak bosan, bosan giler kot,
harap sem 5 akan cepat berakhir,
dan moga2 sem depan tak sekosong sem 5,
tapi tak pe lah, sekosong2 hari-hari yang kitorang jalani, kitorang masih tetap bersama,
biarlah mereka2 yang lain sibuk dengan pelbagai aktiviti,
tu cara diorang dan kita dengan cara kita lah ( ah ayat pasrah je nie)
okeh korang, sem depan kita penohkan jadual kita dengan pelbagai aktiviti,
baru ader cerita yang kita boleh kongsi kat dalam blog nie,
satu cerita yang akan kita cerita kan balik kat anak2 cucu kita biler kita dah tua nanti~~
hahahahhaha

okeh lah, otak pon dah naik kosong kehabisan idea mahu menaip

bye~~

Wednesday, November 16, 2011

ApE YaNg PaLiNg SaYeR MaU! [AiDa BeSt]

fuh fuhh fuhhhhhh!!!!
berhabuk sudah blog nie, nasib baik tak ade sape-sape yang jengok,
bikin malu saja.... haha
sekadar mengisi ruang kosong yang dah lame tak terisi kat dalam blog nie,

jom kita tengok barang aper yang paling menarik dalam dunia saye,

yang masih belom saye dapat~~ (poyo abiss!!)


pertama :

DSLR camera



arghhhhhh nak sangat-sangat kamera nie, kalau lah hargenye murah
pernah jugak mintak kat mak

saya : mak blanje org kamera beso yang macam abg amir (abg ipaq) tu mak

mak : nak berape? (mase nie hati bunge-bunge), nnt mak belikan satu lori (teros kecewa)

hahahahah "nnt mak belikan satu lori" kalo nak tau tu lah ayat keramat mak kalo anak2 die mintak ape2 (jawapan yg same saye dapat mase mintak basikal n barang2 mainan mase kecik2 dulu) MAK MeMANG BEST LAH MAK!!!!!

[mak kasi beli kalo dah keje nanti, mak kate skrg jgn nak mengade, nnt ko da keje ko beli lah ape ko nak beli]

da keje nnt byk tanggungjawab lah mak, mgkin dah cukup tua dah untuk minat benda2 gini... hahaha


kedua :

Guitar

teringin sangat rasenye nak pandai main gitar,
eh tak, bukan nak tiru macam Yuna, Ana Rafali atau Najwa latif.

cuma nak jadi diri sendiri dan rase cool lah kalau pandai main gitar

saya : mak boleh tak kalo orang beli gitar

mak : nak buat ape? jangan nak mengade lah
saya : ala mak, boleh lah~~

haha, orang tak kira nak beli jugak gitar sem depan, alah pujuk cikit mak nnt kasi lah die,

tapi sem nie belom boleh beli, kering abis!!

lantak lah tak pandai main pon, nanti blaja lah pada mereka yang pakar,

"kita bisa kerana terbiasa"
macam mana nak bisa main gitar kalo x de gitarnye kan, so wajib BELIIII !!
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

aper lagiii???
entahlah, setakat nie cuma ader 2 barang je yang nak sangat kalau dapat,
bende2 lain mungkin MP3 player (dapat ipod touch lagi gempak), iphone, barang2 doraemon, dan ape2 je lah yang menarik~~
hahahaha

okeh lah nak siap2 pegi kelas badminton pulak setelah dua kelas batal tadi ( memang syok)
da da da


Tuesday, May 17, 2011

Di Sini Duniaku

salam sayang bt suma..

hmm,bla dh dkt 3 mggu kt umah tba2 bru terasa nk jenguk2 blog ni..

rupa2nya dh lma kujauhkan diri dari mencoret di sini..

haha..bknnya apa,cuma nk bg peluang kpd minda tuk cri idea2 baru..

tp xjmpa2 jgk..biasa la 2,dh lumrah..

kita hanya mencari sesuatu bila bnar2 diperlukan..klau x jgn harap sgt ar..

risau jgk dgn tabiat mcm ni..lbh2 lg bla dh cuti 4 bln ni..

hrap2 masih ada ilmu2 yg mmpu dimanfaatkan utk kubawa ke bumi Tg.Malim nnt..

& sekadar bt renungan teman2..ingatlah 'belajar pd hari ini sesungguhnya utk kesenangan hari esok'..

jd usah jemu utk mencari ilmu & selamat bercuti!!!

Sunday, April 24, 2011

KiTa YaNg LeMaH

"BERUBAH"


owhhhhh, sampai biler lagi nie,
kuat la hati,
ubah la sikit diri ini agar jadi lebih baik,
sampai biler agaknye kita akan terus jadi macam nie,
berada di tahap nie,
malu tak bertempat,
takot tak kira masa.......

wahai diri,
sekurang-kurangnya buangla rasa malas,
tinggalkan ia,
biarkan die pergi jauh dari kita,
kau boleh diri,
percayalah!!

wahai iman,
kau jadikanlah kami kuat,
jangan biarkan kami leka dengan nikmatnya dunia,
tolonglah iman,
lemahnya engkau dalam diri,
masa tak akan tunggu kita wahai iman,
semakin cepat pula dia tinggalkan kita,
kejar lah dia wahai iman,
tapi jangan sesekali kau harapkan masa itu berhenti
kerana sekali dia berhenti,
dia tak akan bergerak lagi......

Ya Allah,
bantulah kami,
dalam menghadapi hari-hariMu Ya Allah,
kami ini tidak berdaya
dan tidak pula berupaya menjauhi larangaMu tanpa pertolongan dari Mu Ya Tuhan......
jauhkan lah kami daripada godaan syaitan Ya Allah,
Rahmati lah hari-hari kami,
Kami amat mengharapkan perlindungan dari Mu
Ya Allah, Tuhan Semesta Alam,

Monday, April 11, 2011

seLamaT meNgulangi PELAjaran bt saHabat2 Ku sekaLian yer..busRA ana~~~


Kecemerlangan Adalah Ketaatan Kepada Allah

Segala puji bagi Allah. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad saw, guru yang paling baik dan penunjuk kebenaran kepada jalan ilmu.

Kecemerlangan dalam pelajaran mempunyai kepentingan yang amat besar dalam kehidupan muslimin. Bukankah para ulama Islam telah memberikan cahaya kepada alam ini melalui ilmu-ilmu mereka yang cemerlang seperti Ibnu Sina, al-Khawarizmi, Ibnu al-Nafis dan lain-lain. Oleh itu, setiap orang daripada kita hendaklah bertanya dirinya: Kenapa aku perlu cemerlang? Dia juga hendaklah bertanya, kenapa aku tidak cemerlang?

Bagi menjawab soalan ini, kita mendengar banyak jawapan yang dikemukakan oleh orang. Tetapi seorang muslim mempunyai jawapannya yang tersendiri kerana dia memiliki objektif yang mulia:

1. Saya mahu cemerlang kerana Allah: Ya! Saya mahu cemerlang kerana Allah, kerana Allah swt berfirman dalam surah al-An‘am ayat 162 yang bermaksud: “Katakanlah: “Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.” Maka seseorang muslim mengetahui bahawa seluruh kehidupannya adalah kerana Allah. Antara kehidupannya ialah pelajaran, ilmu dan kecemerlangannya.

2. Saya mahu cemerlang kerana keluarga dan kedua ibu bapa saya: Antara cara saya berbuat baik kepada kedua ibu bapa saya ialah dengan menggembirakan mereka. Alangkah besarnya kegembiraan dan kebahagiaan mereka jika saya cemerlang dan berjaya mendapat markah paling tinggi.

3. Saya mahu cemerlang kerana diri saya sendiri: Setiap muslim mempunyai matlamat dalam kehidupannya. Jika dia mempunyai matlamat dan cita-cita yang tinggi, maka matlamat dan cita-citanya itu tidak akan tercapai melainkan dengan kecemerlangan.

4. Saya mahu cemerlang kerana ingin mengembalikan keagungan Islam: Mengembalikan keagungan Islam? Ya! Kerana ingin mengembalikan keagungan Islam. Keagungan Islam dahulu adalah melalui ilmu dan para ulama. Keagungan ini tidak akan datang kembali melainkan melalui para ulama yang benar, beriman dan ikhlas kerana Islam dan umat Islam, ulama dan ilmuan dalam pelbagai bidang yang bermanfaat.

Beberapa Pesanan Sebelum Anda Mengulangkaji Pelajaran

Wahai saudaraku yang dikasihi! Kami membentangkan kepada anda beberapa saranan yang membolehkan anda mengulangkaji dengan berkesan:

1. Mengerjakan sembahyang hajat dua rakaat sebelum mengulangkaji agar Allah memberikan pertolonganNya kepada anda.

2. Membaca al-Quran sebelum memulakan ulangkaji, kerana ia akan menjauhkan syaitan daripada anda dan wajah anda akan dipenuhi dengan cahaya al-Quran.

3. Mulakan dengan berdoa.

4. Buatlah perancangan terlebih dahulu, seperti anda menentukan apakah subjek-subjek yang akan diulangkaji, tajuk-tajuk dan masa bagi setiap subjek dengan membuat jadual yang lengkap.

5. Mulakan dengan subjek-subjek yang mudah terlebih dahulu, kemudian barulah berpindah kepada subjek-subjek yang sukar.

6. Jangan tangguhlah kerja hari ini kepada esok hari. Anda hendaklah sentiasa mengulangkaji subjek yang anda pelajari pada hari yang sama.

7. Peruntukkan waktu yang mencukupi untuk berehat. Tetapkan satu hari setiap minggu bagi anda berehat dan berhibur.

8. Pilihkan tempat yang tenang dan jauh daripada sebarang gangguan serta ambil beratlah tentang masalah pencahayaan yang mencukupi, begitu juga dengan masalah kesihatan.

9. Cuba sedaya upaya untuk mengosongkan fikiran anda daripada sebarang permasalahan atau kesibukan sebelum mengulangkaji pelajaran.

10. Ambil beratlah tentang cara duduk yang betul iaitu belakang anda hendaklah lurus.

11. Segeralah pergi menunaikan sembahyang sebaik sahaja anda mendengar azan, kerana Allah swt tidak akan memberkati pekerjaan yang melalaikan daripada sembahyang.

12. Selangkan di antara satu subjek dengan subjek lain yang anda ulangkaji dengan satu kadar masa yang mencukupi untuk berehat.

Bagaimana Anda Bersedia Menghadapi Peperiksaan

Dr ‘Ata Barakat berkata:

Agar bersedia untuk menghadapi peperiksaan, anda perlu melakukan dua perkara yang penting:

Pertama: Penguasaan yang baik

Ini berlaku melalui empat perkara berikut:

1. Anda terus mengulangkaji subjek yang anda pelajari sepanjang tahun sebaik sahaja selepas anda mempelajarinya. Janganlah anda tangguhkan sedikitpun meskipun sedikit.

2. Ulangkaji pelajaran terdahulu sebelum memulakan pelajaran baru.

3. Melakukan ulangkaji mingguan dengan membaca semula secara pantas pelajaran-pelajaran yang sudah diulangkaji pada minggu tersebut.

4. Membuat ulangkaji pada masa cuti dan juga secara bulanan.

Kedua: Ulangkaji yang intensif sebelum peperiksaan

Ia juga boleh dilakukan melalui empat langkah berikut:

1. Menyusun segala maklumat di dalam fikiran anda dengan susunan yang baik dan sistematik.

2. Memilih waktu yang sesuai untuk mengulangkaji, iaitu setiap subjek mempunyai waktu yang khusus. Jika anda merasa jemu, anda boleh mula menyelesaikan soalan-soalan matematik.

3. Membuat jadual waktu yang baik dan tersusun agar setiap subjek mempunyai jangkamasa waktu yang sesuai dan tidak mengganggu waktu yang diperuntukkan untuk subjek yang lain.

4. Menjawab banyak soalan dan menyelesaikan banyak permasalahan terutamanya soalan-soalan yang sukar.

Doa untuk Mengulangkaji Pelajaran

- Doa memulakan ulangkaji

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ. اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ عَامِرًا بِذِكْرِكَ وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ.

Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.”

- Doa selepas mengulangkaji

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ.

Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu.”

Doa Pada Hari Peperiksaan
Dicadangkan agar doa-doa berikut diucapkan pada hari peperiksaan, iaitu sebelum dan semasa peperiksaan berlangsung:

1. Ketika memasuki dewan peperiksaan:

وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا

Maksudnya: “Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”

2. Ketika menerima kertas soalan:

قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي.

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”

3. Ketika sukar menjawab:

ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ.

Maksudnya: “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”

4. Atau:

اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً.

Maksudnya: “Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”

5. Jika anda terlupa jawapan:

اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ.
Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku.”

Terjemahan: Ust. Anwar Fakhri