BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, August 30, 2010

kami dimana-mana

kami di mana-mana la~~
nie masa sem 2.... kat library... tah la x igt sangat la
aha... nie mase dalam kelas penduduk... datang awal time nie... haha
kami di pelbagai tempat



hahahha... nie la diantara gambo2 kami di UPSI....
x banyak gambo yg kami ade sbb kami x suka sangat bergambar (iyekah??)
banyak lagi yang kami buat tp x dak gambo
tunggu la kalau2 busra dapat capai hajat die untuk beli sebijik kemera
nnt kite amek gambo bebanyak ye~~
x pa la
kite simpan je gambar2 kite bersama kat dalam memori dan hati kite(ayat sedap atie ja nie)
sebenarnye, kami selalu lupe tok amek gambo
x penah pikir pon bende tu penting
penting ker??
penting ape
tok kenangan dihari tue
tue???
ye tue
alamak
saya x mo jadi tue
saya x suke tue
hahahha

Monday, August 23, 2010

kebetulan jgk ke?


salam Ramadhan bt suma..rsanya dh hmpr smggu blog ni x diupdate..rndu plk nk tlis kt cni..(haha..iyakan ja ek)..tngk tjuk pn mcm ada crta mnrik ja..hehe,klau x blog ni msti x terusik..
sem ni ja dh bp bnyk kebetulan yg kami ber3 alami..tp ni yg terbaru,tuk klas wacana jgk..ntah mcm mna ari 2 kt dpn pn2 ada tmpl krts(konon2nya memo la) klas diubah ke blik lain tp x dsbut pn utk group mna..jd kmi pn cuba la tngk blik yg dimksudkan.."eh2,ada klas lain la..xkn puan nk bt kt cni..msuk jela klas kta blk"..dh 2 kmi pn msuk klas kmi..nmpk mcm ada sorg student ja..tngh ranck2 berbual tba2 student 2 bngn dari tmpt dia duduk dan trus jln kuar..
"alamak,lecturer la"
"a'ah..mcm mna ni?malunya!!"
"jom2,kita kuar ikut pntu blkg..jap g msti dia msuk blk"
haha..2 antara perbualan kami yg terkejut mlht siapa sbnrnya org 2..kelakar sgt..trus kmi amk beg dan kuar ikut pn2 blkg..fuh,lega rsanya bla dh blh kuar..bla kt luar ada plk yg nk g toilet..tp rsanya kmi skjap ja kt sna..lpas 2 trus tggu dpn klas blk..ikutkan niat hati mmg nk trus blk ja tp msih ada sdkt rsa tanggung jawab tuk xnak ponteng klas..jd tggu pnya tggu adala 3 org hamba Allah msuk dlm klas..tiba2 ja terdengar suara puan.."alamak,bla plk puan ni msuk,td xdk org pn"..dgn muka slumbernya kami pn trus msuk dan dduk kt tmpt biasa..tba2 ada org antar attendant..nk tau sp?..mamat yg kmi ckp lecturer td la..haha..mmg btul2 kebetulan..rupa2nya dia bdk PALAPES..dh 2 se'group' plk dgn kami tuk bt asgment yg semalaman kami xtido..hehe..
tp kebetulan yg ni lg best...


Isnin-23/08/10

ari ni ada satu lg presentation ..walaupun ada sdkt mslh dgn slide pada awalnya tp akhirnya prkra 2 dpt diselesaikan jgk..abs saja klas kt pc kami trus ke kampus utk klas 3P plk..aik,ada klas lain plk ari ni..sllunya mcm x ada pn..tp nsib baik la x msuk trus ja wk2 2,klau x ntah mcm mna la jdnya..smntara nk tggu klas 2 abs kami jln2 kt fakulti yg ada dkt2 klas 2..ada bnyk gmbr2 staf yg dipamerkan kt c2 dan ada jgk yg mencuit hati smpai tergelak kami melihatnya..maklumla mcm2 gaya ada..tup2,ada org kuar dri pejabat fakulti dan tegur kami smbl tnjk2 gmbr dia..mak aiii,malunya kami..ni nk perli ke?lpas ni comfirm xnk prgi dh kt c2..
apsal la dia nk tgur2 kami,bt xtahu sdah la..adoiyaii..

haha..bt rakan2ku,smpn suma kenangan kita ni tau..kita hanya mampu merancang,tp perancangan Allah tiada siapa yang tahu..mungkin suma ni ada hikmah..chaiyok2 utk hari esok dan seterusnya..;)

Tuesday, August 17, 2010

Ting Tong,Ting Tong..New message

Salam sayang bt suma..Mcm mna puasa ari ni?Alhamdulillah dh hari ke-7 kita suma berpuasa.Ntah kenapa tiba2 terasa nk tulis sesuatu kt cni,padahal mcm x ada apa2 yg pnting pn.Mungkin nk tenangkan hati ja..Huhu..rasa rindu pada rumah 2 dh semakin menebal,klau blh hari ni jgk nk blk..='(
Skang ni bt apa pn asyik ingt umah ja..agaknya betul kata org.."klau kta ingtkn seseorang 2 sbnrnya dia pn ingtkn kita jgk" hehe..ptutla mak dgn abah tiap2 ari call..
17 hari lg berbaki nk puasa kt cni..xsbarnya rsa nk blk.Nnt kt umah blh lupakan kejap psal asgment,presentation,kwn2(eh2,nk lupakan jgk ek?..hehe)

Kadang2 bila bersendirian teringat plk lagu 'Menaruh Harapan'..ermm,yg Zaiton Sameon nyanyi 2..lirik dia ada lbh kurang mcm ni..

Sepanjang perjalanan ini
Lembah dan lurah ku lewati
Ketenangan yang ku cari
Belum ku temui

Ku menghimpun doa bertahun
Mencari pepohon yang rimbun
Bertemu dahan yang rapuh
Tempat ku berteduh

Dulu aku sendiri
Kini masih sendiri
Hadapi hidup ini
Susah senang diri ku
Tak bertempat mengadu
Seperti burung kepatahan sayap...
Dihati kecil ku menaruh harapan...

Selagi hidup belum sudah
Aku akan terus melangkah
Ku yakin rahmat buat ku
Di hadapan menunggu...

Best sgt lirik dia..Ada maksud yg mendalam.Klau nk diimbas kembali lirik 2 mcm kena ja dgn Zaiton Sameon lpas apa yg berlaku kt dia..Huhu..apa2 pn kta kena redha dgn setiap apa yg terjadi..msti ada hikmah yg tersembunyi,cuma kita ja yg x sedar..biasala kita ni asyik nmpk yg buruk ja..tp apa2 pn bt suma klau ada masa cuba2 la dgr lagu 2..hehe..k,bye2..

Sunday, August 15, 2010

HAI!!!!!!!

Salam sayang bt suma..
rsanya dh lama blog ni x diupdate..(bkn sbb mlas cma xsmpat ja ek)
mggu2 & hari2 yg btul2 mencabar bt kami menyebabkan urusan meng'update' blog ini trpksa ditolak ke tepi dulu..
bermula dgn kesalahfahaman ttg bilik micro teaching shggalah ke program LPS,rasa mcm ada 1001 crta yg ingin dikongsi..
tp ntahlah klau memori ni msih ingt lg suma yg terjadi spnjg 2 mggu 2..
yg penting nk ucapkan SELAMAT BERPUASA bt suma..jgn lupa tingkatkan amal ibadah kita kot2 ini Ramadhan terakhir kita..='(
hehee..sehari sblm puasa 2 smpt jgklah sggah mkn kt KFC..
walaupun kena beratur smpai kt pntu tp ttap nk tggu jgk(ish2,ssah btul nk kawal nafsu mkn ni)
harap2 Ramadhan ni xla mcm 2..
Tp sedih ja rasa bila xdpt berpuasa di umah..siang mlm asyik ingt rumah ja walaupun skang dh sem 3(konon2 dh lama ar kt cni..hehe)
nk abiskan 3 mggu yg berbaki sblm cuti ni pn dh rasa berat sgt..
"Ya Allah kuatkanlah hati2 kami untuk terus mendapatkan ilmu,
Berilah kekuatan kpd kami utk menghadapi liku2 yg mendatang,
Dan tabahkanlah hati kami Ya Allah..
Hanya kepadaMu kami memohon Ya Allah
Makbulkanlah doa kami Ya Allah.."
Huhu..oklah,smbung blk apa yg ttg terjadi spnjg 2 mggu ni..
mula2 kitorang kena bt pidato tp xdpt menghadirkan diri..
jd esoknya bru nk bt..
nk dijadikan crta terdapat kesalahfahaman ttg bangunan wrna purple..
rupa2nya kami dh tersalah blik..huhu..dkt pkul 9 baru jmpa blik yg btul tp xkn nk msuk plk..
dh la lewat dkat 1 jam..
jd redha ja la..mggu dpn kmi datang lg..
dah 2,kena siapkan proposal plk..
first time bt..mmg agak kelam-kabut jgk ar
tp Alhamdulillah dua2 asgment 2 dh pn siap..
hehe..baru nk merehatkan diri ada lg asgment nk kena bt(eh2,klau xde asgment bkn student la nmanya)jd sama ada rela atau terpaksa mmg la kena siapkan..
harap2 caring mark sem ni lebih baik dari dulu2..
eh,dh pjg plk bercerita..
okla,mlm pn dh lewat ni..selamat bersahur!!!

Monday, August 2, 2010

30 PERKARA YANG PEREMPUAN TAK SEMPAT BERITAHU LELAKI

wah2,tengok tajuk pn macam menarik ja..walaupun xsumanya betul tp rasa-rasanya mungkin ada juga yang hampir2 tepat..selamat membaca ek;)

1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4. Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tahu macam mana nak menerima pujian.
7.Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.
8. Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dantulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.
14. Jika kamu menyukai seorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15. Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!
18. Selepas seorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19.Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati seorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
27. Senjata wanita adalah airmata!!
28.Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu
hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa

Sunday, August 1, 2010

HARI LAHIR

HAHAhahah... tue suda aku, x sangka pulak akan jadi setue nie, dolu2 mase kecik2 biler tengok org yg umo 20 ke atas dah rase yg diorg nie dah tue sangat ja.... dan skrg ....

Betol la kata prof, dalam dunie nie, ada 2 benda kita x buleh halang dan biarkan die berlalu begitu je,
1. MATI
2. UMUR

dan pada pandangan sayer ade 1 lg bende kita x dapat nak halang, iaitu masa....
kalau la kiter dapat hentikan masa kan ke senang.. (yg mcm citer heroes tu)
tp dalam hidup nie kt x buleh dapat semue yg kite nak sbb ape yg kita nak belom tentu yg terbaik untuk kita kan.... haha...

Dan sebenarnye hari ini org yg paling gumbira dalam dunie nie mungkin aku.... cume aku sorang... hahahaha...
trimas la untuk kawan2 yang ucap tok my birthday tu, sayang korang la..♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥...
walau hanya ucapan tp sangt bermakna bagi diri nie.... wah!!

akhir kata, nak kongsi sikit ngan korang semue nie :

Tarikh lahir dalam Kalender Islam

Dari sahabatku buat teman-teman. Gunakan sekadar panduan dan renungan, like the old wisdom said “knowledge is power”…

Convert your date here :

http://www.islam.com/islamicdates.asp

Muharram:

Seorang yang pendiam, sihat pemikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan sempurna, walaupun begitu jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.


Safar:

Tabiatnya buruk. Tidak suka mengakui kesalahanya. Ibu bapanya perlu mendidiknya untuk menghilangkan tabiat itu, jika tidak kehidupannya menjadi susah. Walaupunbegitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ia akan mendatangkan hasil.


RabiulAwal:

Perwatakannya baik, mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga dalam pekerjaan, ramai yang menyenanginya. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras, dan mudah marah.


RabiulAkhir:

Perwatakanya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupan menjadi sukar kerana tabiat buruknya. Ibu bapanya menempuh kesukaran dalam mendidiknya.


JamadilAwal:

Dia mempunyai tingkat keyakinan diri yang tinggi. Berani dan nekad. Kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walau begitu, keberanian dan tekadnya akan menunjukan hasil usahanya, kadangkala menemui kegagalan juga .


JamadilAkhir:

Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Bila dia tahu dia salah atau keliru, dia mudah mengakuinya, bila dia tahu dia benar, pendirianya keras tidak mahu mengalah. Semasa kecil ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agak terserlah sifat-sifat yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.


Rejab:

Semasa kecil dia degil dan nakal. Ibubapanya patut mendidik dengan baik agar dapat

menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika dewasa, dia suka bersikap merendahkan diri dan tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa .


Syaaban:

Perwatakanya baik, hidup selamat rezekinya tidak putus-putus. Waktu kecil mudah mengalah bila bermain dengan kawan-kawan. Kelakuan baik, berbudi bahasa hingga semua orang suka kepadanya. Masa dewasa ia akan berjaya dalam segala dalam kerjayanya dan mudah mendapat rezeki .


Ramadhan:

Dia baik, pendiam, suka merendahkan diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenali. Tidak suka membanggakan dirinya dan kehidupannya selalu selamat.


Syawal:

Perwatakan keras. Hatinya keras. Tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan kehidupannya, oleh itu ibu bapa perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya, jika tidak, kehidupanya menjadi susah kerana perangai keras hatinya dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.


Zulkaedah:

Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia terlalu banyak berfikir, sifat ini akan membuahkan hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana terlalu banyak berfikir, dia kadangkala menjadi keliru. Seharusnya dia bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang memuaskan.


Zulhijah:

Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika dia baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaanya, kadangkala terlalum berlebih-lebihan atau sebaliknya. Oleh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah,dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatanya. Dia seringkali menyesal kerana kurang pertimbangan

sesungguhnya yang kat atas nie cuma copy n paste ja....

..SALam PeRteMUaN...


KISAH KITA kembali lagi...
Tanggal 2 Ogos nie, adalah hari penting bt salah sorang dr kami.. al maklum laa, bru beberapa jam td jer bru meniTi alam 21 tahun. exCited laa ckit, smpaikn x Terkejor asgment dek nGn FB nyer tuh ramai org wish. Jeles lak tgok nyer, tp xpelaa asalkan dia bhgia..so, dak zur dh msuk 21 tahun n then shira lak akn myusul kemudian selang beberapa hari je lg.
org kt sni just nak say.. "HAPPY BIZDAY KAWAN".. Semoga ngko dipnjangkan umor dn dimurahkan rezeki. kiut x kucing n arnab tuh? org bg gift ni je la ekk..xyah nk demand2 ea.. terUskaN jaDi bUdaK BAekkkk...peAce no War!!! bubyeeee....