BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, March 21, 2011

GuNuNg BeReMbUn, CaMeRoN HiGhLaNd







































Pada 19 & 20 hb lepas, kitorang pegi kem kat Cameron Highland,
Memang tak dapat dinafikan kat sana memang sejuk,
Ditambah pula dengan hujan yang tak henti-henti turun,
Hari pertama kitorang wat aktiviti dalam kumpulan (sangat tidak suka),
Kitorang semue diasing-asingkan,
Berdosanye sayer curi-curi masuk group Busra, hahahahha
Shahira dapat group laen, sian kat die, huk

Oleh sebab nie aktiviti anjuran Rakan Surau KAB,
Aktiviti die pon berbentuk Islamic sikit,
dah name pon Islamic Smart Camp,
mood : (Alim seketika)

Malam tu memang sejuk,
Sweater Ben 10 sayer tak dapat menbantu,
Sejuknya kat situ sampai kitorang cakap pon kuar asap
(sangat teruja dengan asap tu, kitorang asyik cuba kuarkan asap dari mulut) hahahah
Malam tu aktiviti berkumpulan lagi,
Tapi mujur die buat dalam dewan ja,
aktivitinya kira okeh la~~

Ahhhh, sejuk giler sampai tak bole tido,
Rase sejuk tu sampai ke tulang,
(Mula terfikir, kalau bawa toto, mesti sangat best tido sejuk gitu....)
HUHUHUHU
Busra, Linda, Nursida Saddala, ngan Sidah dapat tido atas tikar,
Mungkin diorang tak la sesejok macam mane yang kitorang rase,
Kitorang tido alaskan sejadah ja sebab tikar da tak muat,
Tak mampu bertahan lame, kitorang dah tak sanggup nak baring sejuk gitu,
Jam 4.30am kitorang bangun tukar pakaian,
Gosok gigi, cuci muka, amek air semayang,
pastu baru kejotkan diorang,
Macam tak caya, kitorang diantara yang awal bangun! hahahha

Hari Ahad agak mencabar,
Kitorang akan Menawan Gunung Berembun, (Mampukah aku!)
Kitorang tak penah panjat gunung sebelom nie,
Gunung Berembun buat kitorang sangat menghargai udara yang ada,
Juga cahaya matahari,
Kitorang terpaksa berhenti banyak kali sebab tak cukup nafas,
Sangat kagum dengan mereka2 yang dapat jalan dengan selamba,
terutama budak sukan (Miza kot name die) yang siap boleh berlari, (dahsyat Giler!)
Hampir mengalah di bukit pertama,
Tak pe, kitorang teruskan juga,
Rasanya, masa kitorang berhenti lebih banyak dari masa berjalan,
Orang lame berkata 'Biaq lambat asal selamat'
Okeh, kitorang aplikasi peribahasa tu,

Setelah dalam 3jam mendaki,
Kitorang berjaya sampai ke PUNCAK GUNUNG BEREMBUN!!!!!!!
Alhamdulillah Ya Allah,
sekurang-kurangnya dapat juga pengalaman panjat gunung,
Sayer dapat tahu satu perkara, tak tahu pulak mereka,
Yang sayer memang tak sesuai dengan aktiviti nie,
mungkin akan jadi yang pertama dan juga terakhir,
tapi tak tahulah, masa akan ubah segalanya.

Tidak!!
Nak turun pon sama mencabar dengan mendaki,
ditambah pula dengan hujan yang turun,
OHHHH jalan sangat licin,
Sejuknya, Tuhan saja yang tahu,
Naseb baik kitorang kene jalan separuh ja,
pastu kitorang singgah kat ladang strawberi~~
Tapi cuma boleh pandang-pandang ja,
x boleh pegang-pegang atau makan-makan,
Perjalanan diteruskan dengan menaiki bas,
Abang Wan cakap 'sapa basah sila berdiri'
huk, semua pon kene berdiri la nampaknya......

Apa yang kami dapat dari kem nie?????
Banyak juga

1) sangat menghargai matahari yang ada (susah sangat nak jumpa kat sana)
2) selama nie tak penah sedar pon nikmatnya bernafas sehinggalah tercungap-cungap x cukup udara~~
3) kawan2 sayer memang terbaik (terima kaseh korang tunggu sayer yang x mampu meneruskan perjalanan)
4) owhhhhh, terima kasih Ya Allah selama nie kitorang dapat berjalan tanpa rasa sakit~~
5) Perlu mencuba!!! (kalau kitorang dah putus asa dari awal, mesti tak sampai puncak gunung tuh)

UcApAn TeRiMa KaSiH UnTuK
1) Rakan Surau yang anjurkan program nie dan sudi pula ajak kami
2) kawan2 yang memang terbaik
3) pakcik bas yang sudi menghantar dan menunggu
4) Mak abah yang bagi keizinan untuk pegi


SATU LAGI PENGALAMAN YANG AKAN KAMI BAWA KE SEKOLAH NANTI
PENGALAMAN YANG TAK KAN KAMI LUPAKAN
HARAP LEPAS NIE
KITA ADA LEBIH BANYAK KISAH UNTUK DIKONGSI
KISAH APA???
KISAH KITA LA!!!
HAHAHAHAHAHAH