BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, November 17, 2011

gamba nie mase kitorang tengah lepak2 kat kafe, dah tak ingat lah pulak mase nie kitorang makan aper~~
yang penting, sem 5 bukanlah satu sem yang best,
tak ade aktiviti atau peristiwa menarik untuk diingat,
kitorang jalani hari-hari yang biasa dengan cara hidup yang sama,
bangun tido, mandi, solat, pegi kelas, balik kelas, makan, tido.....
sama tiap2 hari,

giler ko tak bosan, bosan giler kot,
harap sem 5 akan cepat berakhir,
dan moga2 sem depan tak sekosong sem 5,
tapi tak pe lah, sekosong2 hari-hari yang kitorang jalani, kitorang masih tetap bersama,
biarlah mereka2 yang lain sibuk dengan pelbagai aktiviti,
tu cara diorang dan kita dengan cara kita lah ( ah ayat pasrah je nie)
okeh korang, sem depan kita penohkan jadual kita dengan pelbagai aktiviti,
baru ader cerita yang kita boleh kongsi kat dalam blog nie,
satu cerita yang akan kita cerita kan balik kat anak2 cucu kita biler kita dah tua nanti~~
hahahahhaha

okeh lah, otak pon dah naik kosong kehabisan idea mahu menaip

bye~~

Wednesday, November 16, 2011

ApE YaNg PaLiNg SaYeR MaU! [AiDa BeSt]

fuh fuhh fuhhhhhh!!!!
berhabuk sudah blog nie, nasib baik tak ade sape-sape yang jengok,
bikin malu saja.... haha
sekadar mengisi ruang kosong yang dah lame tak terisi kat dalam blog nie,

jom kita tengok barang aper yang paling menarik dalam dunia saye,

yang masih belom saye dapat~~ (poyo abiss!!)


pertama :

DSLR camera



arghhhhhh nak sangat-sangat kamera nie, kalau lah hargenye murah
pernah jugak mintak kat mak

saya : mak blanje org kamera beso yang macam abg amir (abg ipaq) tu mak

mak : nak berape? (mase nie hati bunge-bunge), nnt mak belikan satu lori (teros kecewa)

hahahahah "nnt mak belikan satu lori" kalo nak tau tu lah ayat keramat mak kalo anak2 die mintak ape2 (jawapan yg same saye dapat mase mintak basikal n barang2 mainan mase kecik2 dulu) MAK MeMANG BEST LAH MAK!!!!!

[mak kasi beli kalo dah keje nanti, mak kate skrg jgn nak mengade, nnt ko da keje ko beli lah ape ko nak beli]

da keje nnt byk tanggungjawab lah mak, mgkin dah cukup tua dah untuk minat benda2 gini... hahaha


kedua :

Guitar

teringin sangat rasenye nak pandai main gitar,
eh tak, bukan nak tiru macam Yuna, Ana Rafali atau Najwa latif.

cuma nak jadi diri sendiri dan rase cool lah kalau pandai main gitar

saya : mak boleh tak kalo orang beli gitar

mak : nak buat ape? jangan nak mengade lah
saya : ala mak, boleh lah~~

haha, orang tak kira nak beli jugak gitar sem depan, alah pujuk cikit mak nnt kasi lah die,

tapi sem nie belom boleh beli, kering abis!!

lantak lah tak pandai main pon, nanti blaja lah pada mereka yang pakar,

"kita bisa kerana terbiasa"
macam mana nak bisa main gitar kalo x de gitarnye kan, so wajib BELIIII !!
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

aper lagiii???
entahlah, setakat nie cuma ader 2 barang je yang nak sangat kalau dapat,
bende2 lain mungkin MP3 player (dapat ipod touch lagi gempak), iphone, barang2 doraemon, dan ape2 je lah yang menarik~~
hahahaha

okeh lah nak siap2 pegi kelas badminton pulak setelah dua kelas batal tadi ( memang syok)
da da da


Tuesday, May 17, 2011

Di Sini Duniaku

salam sayang bt suma..

hmm,bla dh dkt 3 mggu kt umah tba2 bru terasa nk jenguk2 blog ni..

rupa2nya dh lma kujauhkan diri dari mencoret di sini..

haha..bknnya apa,cuma nk bg peluang kpd minda tuk cri idea2 baru..

tp xjmpa2 jgk..biasa la 2,dh lumrah..

kita hanya mencari sesuatu bila bnar2 diperlukan..klau x jgn harap sgt ar..

risau jgk dgn tabiat mcm ni..lbh2 lg bla dh cuti 4 bln ni..

hrap2 masih ada ilmu2 yg mmpu dimanfaatkan utk kubawa ke bumi Tg.Malim nnt..

& sekadar bt renungan teman2..ingatlah 'belajar pd hari ini sesungguhnya utk kesenangan hari esok'..

jd usah jemu utk mencari ilmu & selamat bercuti!!!

Sunday, April 24, 2011

KiTa YaNg LeMaH

"BERUBAH"


owhhhhh, sampai biler lagi nie,
kuat la hati,
ubah la sikit diri ini agar jadi lebih baik,
sampai biler agaknye kita akan terus jadi macam nie,
berada di tahap nie,
malu tak bertempat,
takot tak kira masa.......

wahai diri,
sekurang-kurangnya buangla rasa malas,
tinggalkan ia,
biarkan die pergi jauh dari kita,
kau boleh diri,
percayalah!!

wahai iman,
kau jadikanlah kami kuat,
jangan biarkan kami leka dengan nikmatnya dunia,
tolonglah iman,
lemahnya engkau dalam diri,
masa tak akan tunggu kita wahai iman,
semakin cepat pula dia tinggalkan kita,
kejar lah dia wahai iman,
tapi jangan sesekali kau harapkan masa itu berhenti
kerana sekali dia berhenti,
dia tak akan bergerak lagi......

Ya Allah,
bantulah kami,
dalam menghadapi hari-hariMu Ya Allah,
kami ini tidak berdaya
dan tidak pula berupaya menjauhi larangaMu tanpa pertolongan dari Mu Ya Tuhan......
jauhkan lah kami daripada godaan syaitan Ya Allah,
Rahmati lah hari-hari kami,
Kami amat mengharapkan perlindungan dari Mu
Ya Allah, Tuhan Semesta Alam,

Monday, April 11, 2011

seLamaT meNgulangi PELAjaran bt saHabat2 Ku sekaLian yer..busRA ana~~~


Kecemerlangan Adalah Ketaatan Kepada Allah

Segala puji bagi Allah. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad saw, guru yang paling baik dan penunjuk kebenaran kepada jalan ilmu.

Kecemerlangan dalam pelajaran mempunyai kepentingan yang amat besar dalam kehidupan muslimin. Bukankah para ulama Islam telah memberikan cahaya kepada alam ini melalui ilmu-ilmu mereka yang cemerlang seperti Ibnu Sina, al-Khawarizmi, Ibnu al-Nafis dan lain-lain. Oleh itu, setiap orang daripada kita hendaklah bertanya dirinya: Kenapa aku perlu cemerlang? Dia juga hendaklah bertanya, kenapa aku tidak cemerlang?

Bagi menjawab soalan ini, kita mendengar banyak jawapan yang dikemukakan oleh orang. Tetapi seorang muslim mempunyai jawapannya yang tersendiri kerana dia memiliki objektif yang mulia:

1. Saya mahu cemerlang kerana Allah: Ya! Saya mahu cemerlang kerana Allah, kerana Allah swt berfirman dalam surah al-An‘am ayat 162 yang bermaksud: “Katakanlah: “Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.” Maka seseorang muslim mengetahui bahawa seluruh kehidupannya adalah kerana Allah. Antara kehidupannya ialah pelajaran, ilmu dan kecemerlangannya.

2. Saya mahu cemerlang kerana keluarga dan kedua ibu bapa saya: Antara cara saya berbuat baik kepada kedua ibu bapa saya ialah dengan menggembirakan mereka. Alangkah besarnya kegembiraan dan kebahagiaan mereka jika saya cemerlang dan berjaya mendapat markah paling tinggi.

3. Saya mahu cemerlang kerana diri saya sendiri: Setiap muslim mempunyai matlamat dalam kehidupannya. Jika dia mempunyai matlamat dan cita-cita yang tinggi, maka matlamat dan cita-citanya itu tidak akan tercapai melainkan dengan kecemerlangan.

4. Saya mahu cemerlang kerana ingin mengembalikan keagungan Islam: Mengembalikan keagungan Islam? Ya! Kerana ingin mengembalikan keagungan Islam. Keagungan Islam dahulu adalah melalui ilmu dan para ulama. Keagungan ini tidak akan datang kembali melainkan melalui para ulama yang benar, beriman dan ikhlas kerana Islam dan umat Islam, ulama dan ilmuan dalam pelbagai bidang yang bermanfaat.

Beberapa Pesanan Sebelum Anda Mengulangkaji Pelajaran

Wahai saudaraku yang dikasihi! Kami membentangkan kepada anda beberapa saranan yang membolehkan anda mengulangkaji dengan berkesan:

1. Mengerjakan sembahyang hajat dua rakaat sebelum mengulangkaji agar Allah memberikan pertolonganNya kepada anda.

2. Membaca al-Quran sebelum memulakan ulangkaji, kerana ia akan menjauhkan syaitan daripada anda dan wajah anda akan dipenuhi dengan cahaya al-Quran.

3. Mulakan dengan berdoa.

4. Buatlah perancangan terlebih dahulu, seperti anda menentukan apakah subjek-subjek yang akan diulangkaji, tajuk-tajuk dan masa bagi setiap subjek dengan membuat jadual yang lengkap.

5. Mulakan dengan subjek-subjek yang mudah terlebih dahulu, kemudian barulah berpindah kepada subjek-subjek yang sukar.

6. Jangan tangguhlah kerja hari ini kepada esok hari. Anda hendaklah sentiasa mengulangkaji subjek yang anda pelajari pada hari yang sama.

7. Peruntukkan waktu yang mencukupi untuk berehat. Tetapkan satu hari setiap minggu bagi anda berehat dan berhibur.

8. Pilihkan tempat yang tenang dan jauh daripada sebarang gangguan serta ambil beratlah tentang masalah pencahayaan yang mencukupi, begitu juga dengan masalah kesihatan.

9. Cuba sedaya upaya untuk mengosongkan fikiran anda daripada sebarang permasalahan atau kesibukan sebelum mengulangkaji pelajaran.

10. Ambil beratlah tentang cara duduk yang betul iaitu belakang anda hendaklah lurus.

11. Segeralah pergi menunaikan sembahyang sebaik sahaja anda mendengar azan, kerana Allah swt tidak akan memberkati pekerjaan yang melalaikan daripada sembahyang.

12. Selangkan di antara satu subjek dengan subjek lain yang anda ulangkaji dengan satu kadar masa yang mencukupi untuk berehat.

Bagaimana Anda Bersedia Menghadapi Peperiksaan

Dr ‘Ata Barakat berkata:

Agar bersedia untuk menghadapi peperiksaan, anda perlu melakukan dua perkara yang penting:

Pertama: Penguasaan yang baik

Ini berlaku melalui empat perkara berikut:

1. Anda terus mengulangkaji subjek yang anda pelajari sepanjang tahun sebaik sahaja selepas anda mempelajarinya. Janganlah anda tangguhkan sedikitpun meskipun sedikit.

2. Ulangkaji pelajaran terdahulu sebelum memulakan pelajaran baru.

3. Melakukan ulangkaji mingguan dengan membaca semula secara pantas pelajaran-pelajaran yang sudah diulangkaji pada minggu tersebut.

4. Membuat ulangkaji pada masa cuti dan juga secara bulanan.

Kedua: Ulangkaji yang intensif sebelum peperiksaan

Ia juga boleh dilakukan melalui empat langkah berikut:

1. Menyusun segala maklumat di dalam fikiran anda dengan susunan yang baik dan sistematik.

2. Memilih waktu yang sesuai untuk mengulangkaji, iaitu setiap subjek mempunyai waktu yang khusus. Jika anda merasa jemu, anda boleh mula menyelesaikan soalan-soalan matematik.

3. Membuat jadual waktu yang baik dan tersusun agar setiap subjek mempunyai jangkamasa waktu yang sesuai dan tidak mengganggu waktu yang diperuntukkan untuk subjek yang lain.

4. Menjawab banyak soalan dan menyelesaikan banyak permasalahan terutamanya soalan-soalan yang sukar.

Doa untuk Mengulangkaji Pelajaran

- Doa memulakan ulangkaji

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ. اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ عَامِرًا بِذِكْرِكَ وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ.

Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.”

- Doa selepas mengulangkaji

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ.

Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu.”

Doa Pada Hari Peperiksaan
Dicadangkan agar doa-doa berikut diucapkan pada hari peperiksaan, iaitu sebelum dan semasa peperiksaan berlangsung:

1. Ketika memasuki dewan peperiksaan:

وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا

Maksudnya: “Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”

2. Ketika menerima kertas soalan:

قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي.

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”

3. Ketika sukar menjawab:

ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ.

Maksudnya: “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”

4. Atau:

اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً.

Maksudnya: “Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”

5. Jika anda terlupa jawapan:

اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ.
Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku.”

Terjemahan: Ust. Anwar Fakhri


JIKA TERLALU LAMA SINGLE


  1. Perasan semua suka pada kau - kau rasa semua awek ada simpan perasaan pada korunk even dengan " like status facebook je " , tengok masa selisih jalan , ataupun senyum2x kat korunk & kenyit mata padahal xde pun ahahaha ..mula lah perasan ramai peminat dan hensem macho , cun bagai...

  2. Pemakanan yg xsihat - makan tak ikut time..dapur penuh ngan mee segera n kerap makan luar..dulu masa ada pasangan bole la ada org jaga masa makan n ada org masakkan makanan yg sedap2..kalu xsedap pun ade jugak org tersayang tuk temankan makan.

  3. Kau banyak sangat main games n tengok cete korea - nie bgi lelaki DOTA (Dunia Orang Tiada Awek)? FIFA n bnyak g semua games kau main..berjam jam pun xpe kau sangup mengadap games tu xkisah makan minum even mandi ahahaha ade yg lgi parah smpai xtidur pun ade..tp ingatlah bila dah ade awek kau dah xkn ingat game lgi ahahaha :p so bila nk usha awek nie kalau kau asik ngadap game jer ? ok jgk la main game nie dari masa tu di isi dengan rempit sana rempit sini n benda yg bahayakn diri..bgi yg perempuan plk sibuk dgn chatting , shopping sana sini ada jgk yg terperap je kat dlm rumah kalau buat kerja rumah xpe nie x just dgn tengok tv jer cite korea dia 2 n then mula beangan2x kalau la pelakon 2 jadi bf aku kn bagus..sweet nya romantik ahahahaha cik kak stop dreaming la jgn la terperap je keluarla rumah jugak tunjuk muka tp bukan tuk menggatal..mana tau ada yg terpikat

  4. Kau meluahkan perasaan dekat sapa2 or mana2 tempat - kau akan meluahkan isi hati kau kedukaan kau cerita masa kau bercintan cintun dulu pd kwn perempuan/lelaki kau...bla...bla...bla...sampaikan dorunk rasa simpati kat korunk..kadang2 2 korunk akan cari sape2x tuk jadi tempat dengar korunk bebel pasal korunk ahahaha..n dgn adenyer facebook,myspace frienster,twitter lg senang lah nk post pasal korunk lalalalalala tp xpe sekurang2xnye terlepas jugaklah apa yg terbuku dihati kau tu..n kalau kau bernaseb baik ade yg tersangkut dengan kau sbb kan simpati dengan ceritera kisah hidup kau tu

  5. Lebih fokus atau tidak ye ke tidak :p - kau akn lebih fokus dgn ape yg kau buat sbb dah xde gangguan dr pasangan korunk n nk jaga hati pasangan..masa yg lapang blh lah buat part time x mcm dulu xleh sbb kne g dating..dh xkesah dh ,xde rasa cemburu bila tengok pasangan couple dpn mata , yg ade dlm otak kau just nk berjaya je dengan kerjaya..tp kalau kau bila nampak couple depan kau n kau pun rasa jeles n teringat kenangan lama kau better g la usha saper2x yg kau berminat..

  6. Mula jadi " stalker " - bila dah ade facebook ape yg ade dlm kepala kau is nk cari facebook ex kau sbb nk tau mcm mana la dia sekarang...dalam hati " kalau dia single lagi bole lah jalinkan hubungan yg lama dah terputus " kn kn kn hahaha jgn nak tipulah mesti ade..:p ...kalau bukan stalker ex kau pun kau mesti stalker org yg kau minat..

  7. Jiwang sana jiwang sini - bkn org yg bercinta jer jiwang tapi kau pun dah mula dah nk berjiwang sana jiwang sini....madah sana madah sini...post la ayat2x jiwang korunk kat tweeter ,fb n len len ahahahaha....tp ini bukan bermakna kau desperate cuma tanda kau dh terlalu lama single n ingin luahkan isi hati kau yg sepi lalalalala ape pun xkisah lah yg penting jiwang itu bkn satu kesalahan

Monday, March 21, 2011

GuNuNg BeReMbUn, CaMeRoN HiGhLaNd







































Pada 19 & 20 hb lepas, kitorang pegi kem kat Cameron Highland,
Memang tak dapat dinafikan kat sana memang sejuk,
Ditambah pula dengan hujan yang tak henti-henti turun,
Hari pertama kitorang wat aktiviti dalam kumpulan (sangat tidak suka),
Kitorang semue diasing-asingkan,
Berdosanye sayer curi-curi masuk group Busra, hahahahha
Shahira dapat group laen, sian kat die, huk

Oleh sebab nie aktiviti anjuran Rakan Surau KAB,
Aktiviti die pon berbentuk Islamic sikit,
dah name pon Islamic Smart Camp,
mood : (Alim seketika)

Malam tu memang sejuk,
Sweater Ben 10 sayer tak dapat menbantu,
Sejuknya kat situ sampai kitorang cakap pon kuar asap
(sangat teruja dengan asap tu, kitorang asyik cuba kuarkan asap dari mulut) hahahah
Malam tu aktiviti berkumpulan lagi,
Tapi mujur die buat dalam dewan ja,
aktivitinya kira okeh la~~

Ahhhh, sejuk giler sampai tak bole tido,
Rase sejuk tu sampai ke tulang,
(Mula terfikir, kalau bawa toto, mesti sangat best tido sejuk gitu....)
HUHUHUHU
Busra, Linda, Nursida Saddala, ngan Sidah dapat tido atas tikar,
Mungkin diorang tak la sesejok macam mane yang kitorang rase,
Kitorang tido alaskan sejadah ja sebab tikar da tak muat,
Tak mampu bertahan lame, kitorang dah tak sanggup nak baring sejuk gitu,
Jam 4.30am kitorang bangun tukar pakaian,
Gosok gigi, cuci muka, amek air semayang,
pastu baru kejotkan diorang,
Macam tak caya, kitorang diantara yang awal bangun! hahahha

Hari Ahad agak mencabar,
Kitorang akan Menawan Gunung Berembun, (Mampukah aku!)
Kitorang tak penah panjat gunung sebelom nie,
Gunung Berembun buat kitorang sangat menghargai udara yang ada,
Juga cahaya matahari,
Kitorang terpaksa berhenti banyak kali sebab tak cukup nafas,
Sangat kagum dengan mereka2 yang dapat jalan dengan selamba,
terutama budak sukan (Miza kot name die) yang siap boleh berlari, (dahsyat Giler!)
Hampir mengalah di bukit pertama,
Tak pe, kitorang teruskan juga,
Rasanya, masa kitorang berhenti lebih banyak dari masa berjalan,
Orang lame berkata 'Biaq lambat asal selamat'
Okeh, kitorang aplikasi peribahasa tu,

Setelah dalam 3jam mendaki,
Kitorang berjaya sampai ke PUNCAK GUNUNG BEREMBUN!!!!!!!
Alhamdulillah Ya Allah,
sekurang-kurangnya dapat juga pengalaman panjat gunung,
Sayer dapat tahu satu perkara, tak tahu pulak mereka,
Yang sayer memang tak sesuai dengan aktiviti nie,
mungkin akan jadi yang pertama dan juga terakhir,
tapi tak tahulah, masa akan ubah segalanya.

Tidak!!
Nak turun pon sama mencabar dengan mendaki,
ditambah pula dengan hujan yang turun,
OHHHH jalan sangat licin,
Sejuknya, Tuhan saja yang tahu,
Naseb baik kitorang kene jalan separuh ja,
pastu kitorang singgah kat ladang strawberi~~
Tapi cuma boleh pandang-pandang ja,
x boleh pegang-pegang atau makan-makan,
Perjalanan diteruskan dengan menaiki bas,
Abang Wan cakap 'sapa basah sila berdiri'
huk, semua pon kene berdiri la nampaknya......

Apa yang kami dapat dari kem nie?????
Banyak juga

1) sangat menghargai matahari yang ada (susah sangat nak jumpa kat sana)
2) selama nie tak penah sedar pon nikmatnya bernafas sehinggalah tercungap-cungap x cukup udara~~
3) kawan2 sayer memang terbaik (terima kaseh korang tunggu sayer yang x mampu meneruskan perjalanan)
4) owhhhhh, terima kasih Ya Allah selama nie kitorang dapat berjalan tanpa rasa sakit~~
5) Perlu mencuba!!! (kalau kitorang dah putus asa dari awal, mesti tak sampai puncak gunung tuh)

UcApAn TeRiMa KaSiH UnTuK
1) Rakan Surau yang anjurkan program nie dan sudi pula ajak kami
2) kawan2 yang memang terbaik
3) pakcik bas yang sudi menghantar dan menunggu
4) Mak abah yang bagi keizinan untuk pegi


SATU LAGI PENGALAMAN YANG AKAN KAMI BAWA KE SEKOLAH NANTI
PENGALAMAN YANG TAK KAN KAMI LUPAKAN
HARAP LEPAS NIE
KITA ADA LEBIH BANYAK KISAH UNTUK DIKONGSI
KISAH APA???
KISAH KITA LA!!!
HAHAHAHAHAHAH















Monday, February 28, 2011

MALAM





ARKIB~~













kami ke arkib untuk wat sgmnt dasar-dasar negara~~
taubat nasuha, pah nie x mo g lagi~~
HAHAHAHHAHAHAH

Sunday, February 6, 2011

MinGGu ke'TensiOn'an kian bErmuLa..~~

saLam semua..

Pejam celik, buLan 1 dh berakHir rupanye yer.. skrg dh mas
uk bulan 2 pulak. cuti semester break pon dh selesai maka xder la cuti2 pulak lepah ni sampai la exam nnti.. hmm smiggu aje dapat stay kt kg mcam dapat stay satu hari jer. sedeyy..tp nak bt cmner, dh lumrah kehidupan kita kna terima dan redha
ajela ekk.. yang penting kita sentiasa dirahmati olehNYA dalam apa jua kita lakukan. insyaaLLahh...

sekarang dh masok mggu ke 5, maknanya dh bermula laa minggu ketensionan.. nak tau nape? sebenarnya minggu ke 5 dan ke atas adalah mggu bercinta dan berkasih sayang dengan cik2 esemen laa. ada yang kna submit, presentasion laa, buat proposal n then lain2 laa.. penat uhh.. nak jadik pelajar macam ni la rupanya. kna bersedia dari segi fizikal, mental serta emosi.. lau xdapat nak kawal nnti kan.. ade jugak yang masuk TANJUNG RAMBUTAN karang.. hehehe..

minggu ni aje, saya kna antar 4 esemen. yang first kna submit selasa ni esemen pembangunan wilayah, seterusnya aliran pemikiran politik, perbandaran n yang last dasar2 negara..hukhukhuk.. penatt uhh..nak perah otak kasi kaw2 punyer..nak kasi cik esemen kita tuh menarik n menepati apa yang dimahukan lecture.. tipu laa kalau sesape kata xtertekan dengan keadaan yg macam nie. sy sendiri pon kadang2 cm blurr jer..ntah pape n xtau nk pikir cmner.. dh kepala otak berserabut. mcm2 bnda nk kna pikir kan.. kita bukan berhadapan dgn esemen jer kan, kte kna berhadapan dengan berbagai2 ragam lecturer, kawan2, roomate, housemate dll laa.. so, pandai2 la korang semua kawal yer..saya sndiri pon sentiasa beristigfar banyak2 agar aLLah sentiasa mampermuadahkan segala urusan kita. tetapi kita kna perlu ingat laa.. jika dekat dgnNYA. maka Dia akan dekat dgn kita..

so, agak2 lau solat korang tu xckup 5 waktu cuba2 lah ckupkan k..bkan lama pon, cme sekejap jer. dengan itu, kita boleh mencari ketenangan.. lau sibuk semacam ape skalipun kita baca lah al quran walaupun beberapa baris pun sehari. yang penting kita selalu dekat denganNYA. hmm..insyaallah, minggu ketensionan ni dapatla kita hadapi dengan tenang dan jangan terlalu tertekan ajer.. renung2kanlah..

wokehh..tu je la nak story, xtau dah cter ape lg..



DOA DILAPANGKAN DADA DAN DOA PERMUDAHKAN SEGALA URUSAN

"berkata Musa: "Ya Tuhanku, Lapangkanlah untukku dadaku dan mudahkanLah untukku urusanku". (sUrah Thaha: ayat 25-26)


Tuesday, January 18, 2011

MURABBI LAGI~~


Malam, neh pencarian Murabbi diteruskan lagi,
cuma tinggal 6 orang ja peserta,
yg laen dah tersingkir,
cam biaselah, ktorg sang penonton setia,
tak lepas tok mengompolkan stiker,
hahahhahaha

dan yang paling membanggakan,
ktorg dapat bertahan sampai abes,
(sangat terharu~~)

untuk hari nie,
3 org lagi peserta disingkirkan,
jadi tinggal 3 orang je la,
ini bermakne,
kami tak perlu ambek masa lame lagi untuk bertahan kat majlis tuh,
sbb tinggal 3 org ja yg akan berceramah,
hahahhahah

dalam kol 12 jugak la majlis malam nie berakhir,
sangat mencabar bagi ktorg tok berebot2 ambek buku stiker,
aduhai~~
semue pon tidak ada tatatertib,
semue mempraktikkan 'teori penolakan' yang dicipta sendiri,
kalau letak abang misai sambil cekak pinggang,
mesti semue org pon tegak beratur dengan senyapnya,
(ala yg macam naek bas td pagi tu la,
terkezut tgk diorg baik2 ja beratur naek bas, ader pok cik HEP rasenye,)

begitulah kisahnye malam neh,
hari nie agak gumbira,
kerana perot kani telah diisi dengan nasi goreng pataya
sebelom masok ke dalam dewan,
org kater,
gendang gendut tali kecapi,
kenyang perot suka hati,
dan sesungguhnye,
sayer sangat tidak berape gemar dengan perkataan gendut diatas~~
hahahhahaha

ok la
sampai sini ja la dulu,
can cin cau,
daaaa



Monday, January 17, 2011

PENCARIAN MURABBI

kami di 'PENCARIAN MURABBI'


ha kan maen semangat g pegi neh

al-maklumlah solehah katernye,

bahhahahahhahahha

(ngompol stiker bebenonye, gisau lak karang x dpt dok kolej)

kitorang dapat bertahan sampai kol 10.30pm,
pegi pon dah pukul 9.oopm

(wowww, cukup lamer jika nak dibandingkan masa bertahan dalam kelas)

agak bangge pade diri sendiri,
hahahah

rahsienye adalah bergambo, gelak2, dan maen2,

sangat mujarab la nak ilagkan rase ngantuk,
x caye cubelah~~

sebenarnye ktrg nak tunggu sampai abeh, tp dak busra dah mcm cacing kepanasan dah kat dalam tuh biler nmpak dak2 umah die balik dah semuenye ( lg terok dr ktrg, cam x caye neh..)
hahahhahah~~ (jgn mara ae kowg, ssgghnye korang sgt kiut la, siyes neh!! ;)

kuar je, ktrg dgn smgtnye g la mintak buku stiker, dan sgt sadis, kakak penjager buku x nak kasi (x pe, x pe, nnt ktrg kasi repot kat mak)

ktrg pon turun la, n teman busra g beli ayaQ teh ais

kat kafe jumpa dak della yang sangat teror speaking perak, (woww della, sangat suka lorh kamu speaking perak, bebiler nnt mike ajo teman ye)

dan selepas itu kami dok lepak2 kat bawah blok A... bual2 kosong dan buang2 mase, (astagfirullahhalazim, membazir tu kan ke sedare setan, harap2 la sedare jauh ja, x boh la teman sedare dekat,)

seterosnye, teman lari sepantas cahaye g naik bilik jap amek botol ayaQ, nak isi air kat blok syahira yang kekononnye ader air sejok (emmmm, x de maknenye, x sejok pon)

dah alang2 sampai dekat dengan bilik TV, ktorg pon teros bukak TV dan menontonnye,
(tV yg tgk ktorg bebenonye sbb ktrg sebok ber'pok-pek' mengompat pasal org laen, (ishk3, pe na jd neh) (x disertai oleh busra, kerana beliau sgt berase bimbang air teh ais die cair, dan beliau pon pulanglah kerumahnye)

habis ja cerita kat TV3 tuh, ktorg pon berhentilah mengompat dan pulang kerumah memasing,
sampai kat umah sambong ber'fb' sampai subuh dan HARI ISNIN PON BERAKHIR DENGAN BAZIRNYA

wowww sangat cemerlang lorhhhhh

Wednesday, January 5, 2011

tahun baru..semester baru

welcome back!!

wow,dh hmpir berhabuk blog ni..
mklumla,hmpir sebulan lebih xterusik..
thn ni pn xsmpt post apa2 lg(padahal bru bbrpa ari jek 2011)
tp x mengapa..blog ni sbnrnya msih hdup & mmpu brnafas lg..
cuma sem ni kmi dh xblh sllu ber3 lg..
bnyk klas yg berbeza..
msti dh xde crta2 mcm dulu lg..
tetiba rasa rndu plk wk2 dulu2..
huhu..
hrap2 sumanya baik2 ja sepanjang kita di cni..

apa2pn..
shbt yg baik itu selayaknya adalah spt matahari..
walaupun x selalu bersama ttp dia ttap ada & menyinari hdup kta :)