BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, November 29, 2010

...TentanG kamI..
















...saHaBat yaNg baIk, ApabiLa dIpanDang WajahNya meMbawa Kita MenginGati ALLAH, mEMperdeNgarkan Kata-kaTanYa MEnambahkan iLmu, TerLihaT gERAK gERinya MeninggikaN tAKuT kePaDa ALLAH, beRkawaN deNgannYa Berjuang Ke JaLan ALLAH...~ SEKIANNN....

...aSSaLamuaLaikum...

29/11/2010


sudah genap 3 semester kta mjadi sahabat..sesunguhnya kenangan manis bersama itu akan menjadi kenangan suatu masa nanti..

peRsaHabatAn adaLah Suatu KebahagIan!!

Dalam dunia ini,
Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.
Tetapi dalam kita bersendiri,
Kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,
begitu juga dia.

Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.
Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.

Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita rasa dikhianati juga bila dia tidak seperti mana yang diharapkan.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.
Bagi kita,
Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti.
Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita.
Patutkah dia dihukum oleh kita kerana kesalahannya?
Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya?
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa, tetapi kita sering terlupa.
Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada
waktu kita memerlukan dia.
Tapi kita telah meninggalkan dia kerana kita tidak mahu dilukai lagi.
Sedangkan dia...pernahkah kita terfikir dia turut juga terluka akibat perbuatan kita?

Dia mendengar luahan perasaan kita,
Segala rasa kecewa dan ketakutan,
Harapan dan impian kita luahkan,
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.

Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita,
Hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga
Ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa
bimbangnya,rasa takutnya?

Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?

Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai,
kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?


Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita.
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan,
Kerana dia juga seorang manusia, dia juga ada rasa takut, ada rasa
bimbang, sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan tak pernah lari dari kesilapan
dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.

Jadilah kita kawannya itu.
Kita selalu melihat dia ketawa,
tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.

Disebalik senyumannya itu,
mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,
Disebalik kesenangannya,
mungkin tersimpan seribu kekalutan,
kita tidak tahu
tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia,
mungkin kita akan tahu.

Sunday, November 21, 2010

PERJUANGAN BELUM BERAKHIR..

"Kadang2 Allah datangkan hujan & sembunyikan matahari dari kita..

Puas kita menangis mencari mana matahari..
Rupa2nya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah.."

Itulah kehidupan..
Penuh suka & duka..
Namun perjuangan harus diteruskan..
Selagi nadi kita terus berdenyut,selagi itulah kita harus terus berjuang..

Bt rakan2..
Salam imtihan utk suma..
Teruskan perjuangan demi impian yg satu..
Semoga berjaya..

Tuesday, November 9, 2010

JiTRa banJIr lagi..

bah..
5 thn dh berlalu slps jitra dikatakan sudah lama x dilanda banjir..
masih kuingat lg wak2 itu..
keadaan menjadi kelam kabut apabila air longkang sudah melimpahi jalan..
lalu brg2 dikemas sedikit demi sedikit namun keesokannya air telah surut kembali..
syukur kpd Allah..
keadaan dh kembali spt sedia kala..

namun..
tanggal 2 november 2010 peristiwa ini berulang kembali..
walaupun kali ini air longkang hanya mula naik ketika hampir wak2 maghrib namun tidak sampai beberapa jam air sudah memasuki rumah..
rupa2nya bnjir kali ini lebih besar dari 5 thn lalu..
kebanyakan penduduk masih tdk bersedia..
tepat jam 12.30 malam ramai yg telah meninggalkan rumah utk ke pusat pemindahan iaitu surau yg berdekatan..
suasana malam itu seakan-akan pesta krn jalan tdk pernah lengang walau seminit pn..
masing2 berulang-alik menyelamatkan apa yg termampu..
ttp siapalah yg mampu melawan suratan Illahi..
air naik sehingga ke paras pinggang..
hanya doa yg mengiringi hari2 kami sepanjang 4 hari..
mengharapkan masih ada yg mampu diselamatkan..
masih berharap tiada kemungkinan buruk yg terjadi..

jumaat - 05 november 2010
setelah hampir 3 hari air sudah semakin surut..
apa yg kutahu ramai yg terpaksa menahan sebak melihatkan barangan serta perabot sudah terbalik..
malahan kedudukannya juga sudah berubah..
masyaAllah..sungguh besar kekuasaanMu..
oleh krn air masih di paras lutut tiada apa yg dapt kami lakukan..
namun seluruh keluarga telah redha dengan apa yg berlaku..

keesokannya kami kembali lagi..
air sudah semakin surut..
operasi pembersihan terus dilakukan..
banyak barangan yg dibuang..
kawasan pembuangan sampah sudah menjadi spt tempat pelupusan sampah..
tiada apa yg mungkin ditinggalkan..
novel2 kesayanganku juga sudah ditenggelami air banjir..
kini yg tinggal hanyalah memori..
dan 1 harapanku..
tiada lg gelombang ke-2 selepas ini..
cukuplah sekali kumelaluinya..

bt semua yg turut menjadi mangsa..
tabahkanlah hati..
mungkin ada rahmat yang tersembunyi..

Monday, October 25, 2010

Bila pena berbicara

Rindu..hnya itu yg mmpu kuucap apabila dh genap 14 mggu utk sem ni..sem yg penuh suka duka utk geng kisah kita..
bermula dgn kelas masyarakat malaysia..maaf dipinta kpd pr0f krn kdg2 kmi hmpr2 sj syahid..biasala klas di awl2 pg ditambah lg pmbelajaran yg lbih berunsurkan sejarah..seakan-akan mampu mnjdi ubat tidur yg pling mujarab bt suma..
lecturer yg sgt baik utk klas 3p mmbuatkan mata kami smkn berat..ditambah pula trpksa berjalan sehingga ke bngunan IPSI,mgkin kepenatan itu dijadikan alasan..maaf pn andai klas ini terlalu pasif krn sumanya asyik teringtkn makanan ja..
perjuangan kami diteruskan lg utk klas penduduk..stlh mengharungi 2 klas di sebelah pg, hati seakan-akan berat nk meneruskan perjuangan ini..namun itu bknlh alasan..alhamdulillah,dh abs pn suma klas walau masih ada asgment yg prlu disiapkan..rsa seram bla tiap2 mggu perlu menghadapi test pn dh kurang..trma kasih pr0f..mgkin bnyk ilmu yg kmi dpt walaupun xdisedari..
teori pengajian malaysia..drpd nma pn dh tahu..huhu..kali ke-2 brtemu pr0f walaupun utk sbjek yg berbeza tp rsa2nya pendekatan yg diberikan xbnyk bezanya..satu2nya klas yg lgkap notanya walau masih tersimpan rapi..trma ksih pr0f..jasamu akan tetap kami kenang..
satu2nya klas di sebelah mlm..sistem undang2..klau xslah mggu ke-3 bru klas ni brmula..mgkin atas mslh2 yg xdpt dielakkan..mndapat lecturer yg merupakan seorg peguam mmbuatkan pemahaman kmi kdg2 terlalu rndah..maaf kpd en. amirul krn kealpaan kmi di dlm klas..maklumla bil pelajar yg terlalu rmai menyebabkan m0od bljr itu seakan-akan susah utk dicari..ditambah dgn klas yg terlalu sp0rting lecturernya walau kdg2 kmi agak blur di dlm klas..
wacana..dh mcm2 pengalaman kami lalui dlm klas ini..ttp inilah liku-liku kehidupan sbg warga kampus..ntah di mna silapnya klas ini seolah-olah tdk kena dgn jiwa kmi..ttp alhamdulillah kmi masih mmpu brnafas sehingga ke hari ini walau terlalu bnyk kepahitan yg trpaksa kami lalui..hehe..
terima kasih kpd suma pensyarah serta tnga pengajar yg sudi memberikan setitis ilmu bt kami sepanjang kami berada di sini..tiada apa yg mmpu kmi berikan selain d0a agar sentiasa dirahmatiNya..
bt kwn2 seperjuangan..perjalanan kta msih pnjg..jgn mudah berputus asa n thanx utk segalanya..smga kita suma terus berusaha menggapai impian yg satu..
g0od luck utk final exm!!

Friday, October 8, 2010


Tuesday, September 28, 2010

::: KisAh KiTa KemBaLi LaGi :::

Assalamulaikum..


SAlam sayang buat sEMua..semoga siHat2 jer hendaknya.. insyaallah. bt pengunjung blog nie, terima kaseh krn sudi nk jenguk blog nie. walaupun bt seketika, namun ia amat berharga buat kami..maklum laa, kami nk tgok jugak respon dr korang semua kan.. (nk b'pntun ckit)

Terima Kaseh Daun Keladi...nnti jenguk laa blog Kisah Kita lagiii...hikhikhik_

saya xtahu nk buat ape hari ni, ntah laa tetiba jer pintu hati tergerak lak nk update blog arini. makLum lah, dh lama x menjenguk Blog Kisah Kita.. Xsangka, dh bnyak perubahan yang berlaku. Thankz kawan (ZSB).. tu laa org tua slalu kata, mula ckit2 lama2 jadik bukit laaa. tp masalahnya, kami bukan nk jadi bukit tp hasil yang kami buat dalam blog nih. nmpaknya dh semakin berkembang maju..dhla smpai cni jela..nk tulis banyak2 pun bt korang boring jer.. jomm dgar PANTUN..

:: NAK BERPANTUN LAK ::

Pergi mandi waktu pagi,
pagi yang indah agak istimewa,
Aura KISAH KITA menjelma lagi
coretan dari kami buat semua..

kalau mahu makan ketam,
masaklah bersama daging kijang,
diberi nama si gagak hitam
semuanya 'jalan' tanpa pikir panjang.. (on da sport la katakn)

bermimpi tinggi nk naek Ferrari,
itulah dia sahabat baik kami,
Aida Best nama samaran diberi,
orangnya baik lagi Nurani...

orangnyer cantek serta tinggi,
nurul syahira namanya dalam ic,
kalau banyak esemen xcyap lagi,
aduhaiii..mengeluhh la diaa malam,ptg,siang n pagi..

busra ana sebagai pemantun,
lau xbaca korang yg rugi nanti,
maaf dan silap harap diampun,
kalau ada kesilapan selama ini..

ucapan terima kaseh kami dahulukan,
buat semua pengunjung blog ini,
anda semua xkan kami lupakan,
tanpa anda siapalah kami disini..

petang-petang makan roti,
roti dimakan bersama cik naty,
kata-kata gurauan jgn disimpan ddalam ati,
sekadar ingatan suatu ketika nanti..

teringin dihati nk pandu kereta,
kereta cantik dan berkenan dihati,
maka, KISAH KITA pun nk tutup cerita,
jangan lupa jumpa disuatu masa nanti...

SALAM SAYANG....=D

Saturday, September 25, 2010

JAMUAN RAYA LPS..;)

Selamat Hari Raya bt suma terutama utk geng2 LPS

"Tiada ungkapan perpisahan dalam persahabatan
walaupun maut menjadi noktah
kerana seorang sahabat itu terlalu istimewa
dalam doa saudaranya yang lain
biarpun tanpa bayangnya"

Semoga ukhwah yang terjalin tidak terputus setakat ini sahaja..Thanx utk suma pengalaman yg telah kita lalui..Bermula dgn program ke rumah anak yatim sehinggalah ke jamuan raya ini..


Sempat lg bergambar selepas mkn..

~Gmbr2 lain x sempat nk upl0ad lg..hehe~

Thursday, September 23, 2010

AKU RINDU SAYANG KAMU!!!

salam sayang bt suma!!!
slmt hari raya n slmt kembali semula stlh bercuti pnjg..
walaupun hati masih memberontak nk cuti lg,tp kita terpaksa meneruskan perjalanan ini..
inikan jln yg kta pilih..
lpas ni blhla ber'dating' lg dgn asgment2 tersayang..hehe
diam xdiam dh dkat sebulan blog ni xterusik..
ptutla dh mkin blur ja nk tlis apa..asyik tlis pdam,tlis pdam
aiy0o,dh bp bnyk kali pdam..(kata mak,klau bt keja xikhlas mmg xmnjadi..opss,maknanya??)
haha..apsal dlm bnyk2 ari,ari ni bru nk update ek..
hmm,sbbnya ari ni ja dh kna submite 2 asgment..(dh blh rilex2 skt...;),lgpun ada org tegur..(ermm,ada jgk la yg bca blog ni..hehe) dan yg pling pntg khas bt blog ni..'AKU RINDU SAYANG KAMU'..opss,terlebih sudah
hmm,bt suma yg sudi menjengah blog ni trma ksih ek..nntkn coretan2 n kebetulan2 kmi lg..hehe..

Monday, August 30, 2010

kami dimana-mana

kami di mana-mana la~~
nie masa sem 2.... kat library... tah la x igt sangat la
aha... nie mase dalam kelas penduduk... datang awal time nie... haha
kami di pelbagai tempat



hahahha... nie la diantara gambo2 kami di UPSI....
x banyak gambo yg kami ade sbb kami x suka sangat bergambar (iyekah??)
banyak lagi yang kami buat tp x dak gambo
tunggu la kalau2 busra dapat capai hajat die untuk beli sebijik kemera
nnt kite amek gambo bebanyak ye~~
x pa la
kite simpan je gambar2 kite bersama kat dalam memori dan hati kite(ayat sedap atie ja nie)
sebenarnye, kami selalu lupe tok amek gambo
x penah pikir pon bende tu penting
penting ker??
penting ape
tok kenangan dihari tue
tue???
ye tue
alamak
saya x mo jadi tue
saya x suke tue
hahahha

Monday, August 23, 2010

kebetulan jgk ke?


salam Ramadhan bt suma..rsanya dh hmpr smggu blog ni x diupdate..rndu plk nk tlis kt cni..(haha..iyakan ja ek)..tngk tjuk pn mcm ada crta mnrik ja..hehe,klau x blog ni msti x terusik..
sem ni ja dh bp bnyk kebetulan yg kami ber3 alami..tp ni yg terbaru,tuk klas wacana jgk..ntah mcm mna ari 2 kt dpn pn2 ada tmpl krts(konon2nya memo la) klas diubah ke blik lain tp x dsbut pn utk group mna..jd kmi pn cuba la tngk blik yg dimksudkan.."eh2,ada klas lain la..xkn puan nk bt kt cni..msuk jela klas kta blk"..dh 2 kmi pn msuk klas kmi..nmpk mcm ada sorg student ja..tngh ranck2 berbual tba2 student 2 bngn dari tmpt dia duduk dan trus jln kuar..
"alamak,lecturer la"
"a'ah..mcm mna ni?malunya!!"
"jom2,kita kuar ikut pntu blkg..jap g msti dia msuk blk"
haha..2 antara perbualan kami yg terkejut mlht siapa sbnrnya org 2..kelakar sgt..trus kmi amk beg dan kuar ikut pn2 blkg..fuh,lega rsanya bla dh blh kuar..bla kt luar ada plk yg nk g toilet..tp rsanya kmi skjap ja kt sna..lpas 2 trus tggu dpn klas blk..ikutkan niat hati mmg nk trus blk ja tp msih ada sdkt rsa tanggung jawab tuk xnak ponteng klas..jd tggu pnya tggu adala 3 org hamba Allah msuk dlm klas..tiba2 ja terdengar suara puan.."alamak,bla plk puan ni msuk,td xdk org pn"..dgn muka slumbernya kami pn trus msuk dan dduk kt tmpt biasa..tba2 ada org antar attendant..nk tau sp?..mamat yg kmi ckp lecturer td la..haha..mmg btul2 kebetulan..rupa2nya dia bdk PALAPES..dh 2 se'group' plk dgn kami tuk bt asgment yg semalaman kami xtido..hehe..
tp kebetulan yg ni lg best...


Isnin-23/08/10

ari ni ada satu lg presentation ..walaupun ada sdkt mslh dgn slide pada awalnya tp akhirnya prkra 2 dpt diselesaikan jgk..abs saja klas kt pc kami trus ke kampus utk klas 3P plk..aik,ada klas lain plk ari ni..sllunya mcm x ada pn..tp nsib baik la x msuk trus ja wk2 2,klau x ntah mcm mna la jdnya..smntara nk tggu klas 2 abs kami jln2 kt fakulti yg ada dkt2 klas 2..ada bnyk gmbr2 staf yg dipamerkan kt c2 dan ada jgk yg mencuit hati smpai tergelak kami melihatnya..maklumla mcm2 gaya ada..tup2,ada org kuar dri pejabat fakulti dan tegur kami smbl tnjk2 gmbr dia..mak aiii,malunya kami..ni nk perli ke?lpas ni comfirm xnk prgi dh kt c2..
apsal la dia nk tgur2 kami,bt xtahu sdah la..adoiyaii..

haha..bt rakan2ku,smpn suma kenangan kita ni tau..kita hanya mampu merancang,tp perancangan Allah tiada siapa yang tahu..mungkin suma ni ada hikmah..chaiyok2 utk hari esok dan seterusnya..;)

Tuesday, August 17, 2010

Ting Tong,Ting Tong..New message

Salam sayang bt suma..Mcm mna puasa ari ni?Alhamdulillah dh hari ke-7 kita suma berpuasa.Ntah kenapa tiba2 terasa nk tulis sesuatu kt cni,padahal mcm x ada apa2 yg pnting pn.Mungkin nk tenangkan hati ja..Huhu..rasa rindu pada rumah 2 dh semakin menebal,klau blh hari ni jgk nk blk..='(
Skang ni bt apa pn asyik ingt umah ja..agaknya betul kata org.."klau kta ingtkn seseorang 2 sbnrnya dia pn ingtkn kita jgk" hehe..ptutla mak dgn abah tiap2 ari call..
17 hari lg berbaki nk puasa kt cni..xsbarnya rsa nk blk.Nnt kt umah blh lupakan kejap psal asgment,presentation,kwn2(eh2,nk lupakan jgk ek?..hehe)

Kadang2 bila bersendirian teringat plk lagu 'Menaruh Harapan'..ermm,yg Zaiton Sameon nyanyi 2..lirik dia ada lbh kurang mcm ni..

Sepanjang perjalanan ini
Lembah dan lurah ku lewati
Ketenangan yang ku cari
Belum ku temui

Ku menghimpun doa bertahun
Mencari pepohon yang rimbun
Bertemu dahan yang rapuh
Tempat ku berteduh

Dulu aku sendiri
Kini masih sendiri
Hadapi hidup ini
Susah senang diri ku
Tak bertempat mengadu
Seperti burung kepatahan sayap...
Dihati kecil ku menaruh harapan...

Selagi hidup belum sudah
Aku akan terus melangkah
Ku yakin rahmat buat ku
Di hadapan menunggu...

Best sgt lirik dia..Ada maksud yg mendalam.Klau nk diimbas kembali lirik 2 mcm kena ja dgn Zaiton Sameon lpas apa yg berlaku kt dia..Huhu..apa2 pn kta kena redha dgn setiap apa yg terjadi..msti ada hikmah yg tersembunyi,cuma kita ja yg x sedar..biasala kita ni asyik nmpk yg buruk ja..tp apa2 pn bt suma klau ada masa cuba2 la dgr lagu 2..hehe..k,bye2..

Sunday, August 15, 2010

HAI!!!!!!!

Salam sayang bt suma..
rsanya dh lama blog ni x diupdate..(bkn sbb mlas cma xsmpat ja ek)
mggu2 & hari2 yg btul2 mencabar bt kami menyebabkan urusan meng'update' blog ini trpksa ditolak ke tepi dulu..
bermula dgn kesalahfahaman ttg bilik micro teaching shggalah ke program LPS,rasa mcm ada 1001 crta yg ingin dikongsi..
tp ntahlah klau memori ni msih ingt lg suma yg terjadi spnjg 2 mggu 2..
yg penting nk ucapkan SELAMAT BERPUASA bt suma..jgn lupa tingkatkan amal ibadah kita kot2 ini Ramadhan terakhir kita..='(
hehee..sehari sblm puasa 2 smpt jgklah sggah mkn kt KFC..
walaupun kena beratur smpai kt pntu tp ttap nk tggu jgk(ish2,ssah btul nk kawal nafsu mkn ni)
harap2 Ramadhan ni xla mcm 2..
Tp sedih ja rasa bila xdpt berpuasa di umah..siang mlm asyik ingt rumah ja walaupun skang dh sem 3(konon2 dh lama ar kt cni..hehe)
nk abiskan 3 mggu yg berbaki sblm cuti ni pn dh rasa berat sgt..
"Ya Allah kuatkanlah hati2 kami untuk terus mendapatkan ilmu,
Berilah kekuatan kpd kami utk menghadapi liku2 yg mendatang,
Dan tabahkanlah hati kami Ya Allah..
Hanya kepadaMu kami memohon Ya Allah
Makbulkanlah doa kami Ya Allah.."
Huhu..oklah,smbung blk apa yg ttg terjadi spnjg 2 mggu ni..
mula2 kitorang kena bt pidato tp xdpt menghadirkan diri..
jd esoknya bru nk bt..
nk dijadikan crta terdapat kesalahfahaman ttg bangunan wrna purple..
rupa2nya kami dh tersalah blik..huhu..dkt pkul 9 baru jmpa blik yg btul tp xkn nk msuk plk..
dh la lewat dkat 1 jam..
jd redha ja la..mggu dpn kmi datang lg..
dah 2,kena siapkan proposal plk..
first time bt..mmg agak kelam-kabut jgk ar
tp Alhamdulillah dua2 asgment 2 dh pn siap..
hehe..baru nk merehatkan diri ada lg asgment nk kena bt(eh2,klau xde asgment bkn student la nmanya)jd sama ada rela atau terpaksa mmg la kena siapkan..
harap2 caring mark sem ni lebih baik dari dulu2..
eh,dh pjg plk bercerita..
okla,mlm pn dh lewat ni..selamat bersahur!!!

Monday, August 2, 2010

30 PERKARA YANG PEREMPUAN TAK SEMPAT BERITAHU LELAKI

wah2,tengok tajuk pn macam menarik ja..walaupun xsumanya betul tp rasa-rasanya mungkin ada juga yang hampir2 tepat..selamat membaca ek;)

1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4. Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tahu macam mana nak menerima pujian.
7.Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.
8. Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dantulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.
14. Jika kamu menyukai seorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15. Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!
18. Selepas seorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19.Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati seorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
27. Senjata wanita adalah airmata!!
28.Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu
hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa

Sunday, August 1, 2010

HARI LAHIR

HAHAhahah... tue suda aku, x sangka pulak akan jadi setue nie, dolu2 mase kecik2 biler tengok org yg umo 20 ke atas dah rase yg diorg nie dah tue sangat ja.... dan skrg ....

Betol la kata prof, dalam dunie nie, ada 2 benda kita x buleh halang dan biarkan die berlalu begitu je,
1. MATI
2. UMUR

dan pada pandangan sayer ade 1 lg bende kita x dapat nak halang, iaitu masa....
kalau la kiter dapat hentikan masa kan ke senang.. (yg mcm citer heroes tu)
tp dalam hidup nie kt x buleh dapat semue yg kite nak sbb ape yg kita nak belom tentu yg terbaik untuk kita kan.... haha...

Dan sebenarnye hari ini org yg paling gumbira dalam dunie nie mungkin aku.... cume aku sorang... hahahaha...
trimas la untuk kawan2 yang ucap tok my birthday tu, sayang korang la..♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥...
walau hanya ucapan tp sangt bermakna bagi diri nie.... wah!!

akhir kata, nak kongsi sikit ngan korang semue nie :

Tarikh lahir dalam Kalender Islam

Dari sahabatku buat teman-teman. Gunakan sekadar panduan dan renungan, like the old wisdom said “knowledge is power”…

Convert your date here :

http://www.islam.com/islamicdates.asp

Muharram:

Seorang yang pendiam, sihat pemikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan sempurna, walaupun begitu jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.


Safar:

Tabiatnya buruk. Tidak suka mengakui kesalahanya. Ibu bapanya perlu mendidiknya untuk menghilangkan tabiat itu, jika tidak kehidupannya menjadi susah. Walaupunbegitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ia akan mendatangkan hasil.


RabiulAwal:

Perwatakannya baik, mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga dalam pekerjaan, ramai yang menyenanginya. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras, dan mudah marah.


RabiulAkhir:

Perwatakanya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupan menjadi sukar kerana tabiat buruknya. Ibu bapanya menempuh kesukaran dalam mendidiknya.


JamadilAwal:

Dia mempunyai tingkat keyakinan diri yang tinggi. Berani dan nekad. Kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walau begitu, keberanian dan tekadnya akan menunjukan hasil usahanya, kadangkala menemui kegagalan juga .


JamadilAkhir:

Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Bila dia tahu dia salah atau keliru, dia mudah mengakuinya, bila dia tahu dia benar, pendirianya keras tidak mahu mengalah. Semasa kecil ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agak terserlah sifat-sifat yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.


Rejab:

Semasa kecil dia degil dan nakal. Ibubapanya patut mendidik dengan baik agar dapat

menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika dewasa, dia suka bersikap merendahkan diri dan tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa .


Syaaban:

Perwatakanya baik, hidup selamat rezekinya tidak putus-putus. Waktu kecil mudah mengalah bila bermain dengan kawan-kawan. Kelakuan baik, berbudi bahasa hingga semua orang suka kepadanya. Masa dewasa ia akan berjaya dalam segala dalam kerjayanya dan mudah mendapat rezeki .


Ramadhan:

Dia baik, pendiam, suka merendahkan diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenali. Tidak suka membanggakan dirinya dan kehidupannya selalu selamat.


Syawal:

Perwatakan keras. Hatinya keras. Tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan kehidupannya, oleh itu ibu bapa perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya, jika tidak, kehidupanya menjadi susah kerana perangai keras hatinya dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.


Zulkaedah:

Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia terlalu banyak berfikir, sifat ini akan membuahkan hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana terlalu banyak berfikir, dia kadangkala menjadi keliru. Seharusnya dia bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang memuaskan.


Zulhijah:

Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika dia baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaanya, kadangkala terlalum berlebih-lebihan atau sebaliknya. Oleh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah,dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatanya. Dia seringkali menyesal kerana kurang pertimbangan

sesungguhnya yang kat atas nie cuma copy n paste ja....

..SALam PeRteMUaN...


KISAH KITA kembali lagi...
Tanggal 2 Ogos nie, adalah hari penting bt salah sorang dr kami.. al maklum laa, bru beberapa jam td jer bru meniTi alam 21 tahun. exCited laa ckit, smpaikn x Terkejor asgment dek nGn FB nyer tuh ramai org wish. Jeles lak tgok nyer, tp xpelaa asalkan dia bhgia..so, dak zur dh msuk 21 tahun n then shira lak akn myusul kemudian selang beberapa hari je lg.
org kt sni just nak say.. "HAPPY BIZDAY KAWAN".. Semoga ngko dipnjangkan umor dn dimurahkan rezeki. kiut x kucing n arnab tuh? org bg gift ni je la ekk..xyah nk demand2 ea.. terUskaN jaDi bUdaK BAekkkk...peAce no War!!! bubyeeee....

Friday, July 30, 2010

..salam sayang..

new post utk KISAH KITA.. ni nk komen ckit sal video tuh, apsal laa kabur sgt gmbor tuh? huhu.. byak betoi perubahan kt blog nie. ada peningkatan nih. bagus2 rakan blog KISAH KITA. diharapkan semua nyer akan berjalan dgn lancar seiring dgn apa yang dirancang...


bt kengkawan yg sudi2 m'jengah seketika blog KISAH KITA, kami amat hargainya sekali. KISAH KITA just mengenai perjalanan kami sbgai pelajar yang melalui aktiviti harian seperti pelajar lain. cuma kami mahu berkongsi sedikit cerita ttg pengalaman, kisah suka duka kami sepanjang perjalanan kami menerokai alam blog ini daan sepanjang bergelar MAHASISWI UPSI. al maklum laa, kami ahli blogging yang baru perlukan banyak lagi penerokaan dan tunjuk ajar daripada pihak2 yg berkenaan..tp msti bersesuaian dgn KISAH KITA laa. KISAH KITA..chayok3x!!! okey laaa...salam sayang bt semua..bubye..

dengar kami nyanyi.... haha

lagu nie dinyanyikan oleh penyanyi2 terbaik dunie.....

sapa2 dengo pasti mengalirkan air mate sbb terharu mungkin...haha

kami tau kami mmg berbakat dalam bidang nyanyian nie, (ikhlas beb nie, betol, x tipu)

kami tau sore kami sdp, kalah siti u...wah!!

sbb tu la kami mls nak libatkan diri dalam bdg nyanyian,

sian la kat artis malaysia, karang x le cr makan pulok,

almaklumla mrke2 tu blajo pon kan pandai ngat kan....

OPSSS!!TERLEBIH SUDA!!


lagu nie ktrg nyanyikan di suatu malam yg hening lg dingin..

lokasi adalah kat umah busra, ktrg tido diumah beliau malam tu...

walau pon kami nyanyi sekuat ati, x de lak sape2 pon yg menegur nye, suare sedap la katekan.. (tah2 diorg igt bunyi katak x?)

gambo2 dlm video nie lak adalah semue xtvt ktrg sepanjang kat upsi nie... haha

x banyak yg ktrg buat

tp sangt menghiburkan

rasenye la kan, x kire pe pon yg kt wat, asal benda tu kite wat ngan kawan kite, semuenye pon jd best... rasenye la....

sbb tu la kite mmg perlukan kawan dlm idup nie kan

ssh nye rase kalau x dak kwn (kalo x dak kwn, gua lari blk kg beb)

lg ramai kawan lg best la kan

tp kami x da ramai sgt kwn

sbb tu la

kami selalu ada mslh kalo soh wat kumpln

sbb kami x cukup ahli

hahaha


dan bile mane kami terpakse dok satu group ngan mereka2 yg bijak pandai nie, kami mesti rase seram sejok....haha

almaklumla, kami x mampu wat kerja sebaik diorg...

risau gak diorg x puas ati nnt... (kalo ktrg nye keje, janji siap ja... untong sgt la kalo siap..haha)

akhir kata



A loyal friend laughs at your jokes when they're not so good, and sympathizes with your problems when they're not so bad. ~Arnold H. Glasgow


A friend knows the song in my heart and sings it to me when my memory fails. ~Donna Roberts


If you're alone, I'll be your shadow. If you want to cry, I'll be your shoulder. If you want a hug, I'll be your pillow. If you need to be happy, I'll be your smile. But anytime you need a friend, I'll just be me. ~Author Unknown


Thursday, July 29, 2010

...KisaH kiTa BermuLa Lagi..eDit By BuSra aNa=D

..salam sayang bt rakan2x blog KISAH KITA n bt kengkawan yg slalu melawat blog ini. kami hargai dan mengalu-alukan kehadiran anda ke blog KISAH KITA..=D

Disini ada sedikit kata-kata nasihat myb bt pnduan kita semua.. 'Lihatlah disekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; Sepanjang hidup dan usia mu Jangan mudah berputus harapan, Senyum yang engkau berikan dan airmata yang kau titiskan..SIMPAN.. jadikan Tauladan; Segala yang kau pandang dan dengar..SIMPAN.. buat Pedoman..'=) nukilan Busra Ana..
..YAKINLAH DGN DIRI ANDA DAN HADAPI SEMUA KESULITAN DGN SEMANGAT JUANG YANG TINGGI..pASTIKAN dOA SNTIASA MENGIRINGI ANDA..anda BOLEH, kAMI BOLEH n KISAH KITA BOLEH...!!!!!

..DETIK jam pukul 2.30 pagi, permulaan 'First Time' bagi aku utk men 'explore' kn blog nih utk ku jadikan landasan utk ak berdiskusi dn jga nk cter2 ckit sal diri ak n KISAH KITA exspecially nyer. ucpan TQ a Lot.. dulu bt kwn2 ak 'KISAH KITA' krn ak xpercaya yg kita mpyai blog sndiri. sgguh ku xsgka, angan2x nk ada blog sndiri tu mnjadi knyataan n smesti nyer ni hasil idea dak Zur n sterusnya shIra disokong pulak oleh Busra..wlaupun blog nih just simple jer, tp kami berbgga krn KISAH KITA nih sebenarnyer membawa kami cuba menerokai alam Blogging nie..

...bermula dr bt Blog kpd Edit n Design blog, pastu kami terokai lg dgn men'upload' lagu, gmbar dn berusaha utk mnjadikan blog ini secantik dan sehebat cm blog org len.. sekurang-sekurangnyer, kami berbangga dgn hasil kerja sndiri wlaupun nmpak 'cincau' jer blog nih. pape pn kami berasa hepi dgn melakukan ini smua dn bkn krn keterpaksaan..yang penting dgn HATI YANG IKHLAS..btoi x? haha..

aper lg nk cter ea... hmm..okey, KISAH KITA nie tercetus time kteorg nk p surau nk dgr ceramah ttg Palestin. malam jam 8.00 mlm, tetiba jer smpai surau, kami bercadang utk stay kt luar jer myb nk hirup udara malam kot. dgn xsgaja nyer, dak zur tu kuarkan idea ntah pape laa n dak shira laa ON jer org lak ape lg, gne treat 'On da Sport' laa.. so, lph p surau tu kteorg mnuju ke foyer laa coz nk tunaikan idea dak zur tuh. idea dye simple jer..'JOM P KAMPUS' nk tau sbb per, sbb nyer kteorg geram tgok bas ada kt dpn kteorg tuh. dh laa xder org nek, pastu sng2 cengitu jer ada. dhla time nk dptkn bas, slalu jer xder terutamanyer ari sabtu time ko. tp ble xnk nek bas..senang2 jer dye ada kt dpn..tnpa pikir pjg, kteorg dgn tnpa segan silu nyer dan tanpa hala tujuan terus nek laa bas tuh. nk dijdik kn cter, kteorg pn xtau aper yg kteorg nk bt lepas tuh.. hahaha..
....tiba jer kt kampus, kteorg turun laa dr bas tuh. masa tuh cm pening2x lalat laa, cm org hilang anak xtau nk p maner.. lepas discuss ckit2x, kteorg pn plan nk p kdai makan yg bru kt dpn kmpus tuh..nama aper ntah, dh lupaa lak..bila smpai jer sner, kteorg pn order laa air.. Air dye mmg best..'FRESH OREN + APPLE', fuhhh..pekat giler. mmg real laa air tuh.. xnyesal laa mnum kt stu..huhu..lpas jer selesai mnum, kteorg pn blik laa kolej smulaa..kelakar lak, p kampus smta-mata nk minum sdgkn kteorg xplan pn nk p kmpus, just nk p surau jer.. ntahlaa, hasutan aper laa yg membawa kami mnuju ke kmpus dgn perasaan gembira n bhgia nyer x terungkap!! tetapi..ada hikmah dsebalik tu smua..dan hanya kami shja yg tahu..myb ikatan persahabatan or kerjasama, or muafakatan n myb jgak keserasian diantra kami. maka wujudlah..KISAH KITA..
cukup smpai itu aje laa stakat nih, rasa mngantuk lak..nk tidoo..okey laa smua. bubyee..love u!!