BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, November 29, 2010

...TentanG kamI..
















...saHaBat yaNg baIk, ApabiLa dIpanDang WajahNya meMbawa Kita MenginGati ALLAH, mEMperdeNgarkan Kata-kaTanYa MEnambahkan iLmu, TerLihaT gERAK gERinya MeninggikaN tAKuT kePaDa ALLAH, beRkawaN deNgannYa Berjuang Ke JaLan ALLAH...~ SEKIANNN....

...aSSaLamuaLaikum...

29/11/2010


sudah genap 3 semester kta mjadi sahabat..sesunguhnya kenangan manis bersama itu akan menjadi kenangan suatu masa nanti..

peRsaHabatAn adaLah Suatu KebahagIan!!

Dalam dunia ini,
Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.
Tetapi dalam kita bersendiri,
Kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,
begitu juga dia.

Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.
Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.

Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita rasa dikhianati juga bila dia tidak seperti mana yang diharapkan.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.
Bagi kita,
Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti.
Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita.
Patutkah dia dihukum oleh kita kerana kesalahannya?
Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya?
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa, tetapi kita sering terlupa.
Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada
waktu kita memerlukan dia.
Tapi kita telah meninggalkan dia kerana kita tidak mahu dilukai lagi.
Sedangkan dia...pernahkah kita terfikir dia turut juga terluka akibat perbuatan kita?

Dia mendengar luahan perasaan kita,
Segala rasa kecewa dan ketakutan,
Harapan dan impian kita luahkan,
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.

Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita,
Hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga
Ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa
bimbangnya,rasa takutnya?

Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?

Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai,
kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?


Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita.
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan,
Kerana dia juga seorang manusia, dia juga ada rasa takut, ada rasa
bimbang, sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan tak pernah lari dari kesilapan
dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.

Jadilah kita kawannya itu.
Kita selalu melihat dia ketawa,
tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.

Disebalik senyumannya itu,
mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,
Disebalik kesenangannya,
mungkin tersimpan seribu kekalutan,
kita tidak tahu
tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia,
mungkin kita akan tahu.

Sunday, November 21, 2010

PERJUANGAN BELUM BERAKHIR..

"Kadang2 Allah datangkan hujan & sembunyikan matahari dari kita..

Puas kita menangis mencari mana matahari..
Rupa2nya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah.."

Itulah kehidupan..
Penuh suka & duka..
Namun perjuangan harus diteruskan..
Selagi nadi kita terus berdenyut,selagi itulah kita harus terus berjuang..

Bt rakan2..
Salam imtihan utk suma..
Teruskan perjuangan demi impian yg satu..
Semoga berjaya..

Tuesday, November 9, 2010

JiTRa banJIr lagi..

bah..
5 thn dh berlalu slps jitra dikatakan sudah lama x dilanda banjir..
masih kuingat lg wak2 itu..
keadaan menjadi kelam kabut apabila air longkang sudah melimpahi jalan..
lalu brg2 dikemas sedikit demi sedikit namun keesokannya air telah surut kembali..
syukur kpd Allah..
keadaan dh kembali spt sedia kala..

namun..
tanggal 2 november 2010 peristiwa ini berulang kembali..
walaupun kali ini air longkang hanya mula naik ketika hampir wak2 maghrib namun tidak sampai beberapa jam air sudah memasuki rumah..
rupa2nya bnjir kali ini lebih besar dari 5 thn lalu..
kebanyakan penduduk masih tdk bersedia..
tepat jam 12.30 malam ramai yg telah meninggalkan rumah utk ke pusat pemindahan iaitu surau yg berdekatan..
suasana malam itu seakan-akan pesta krn jalan tdk pernah lengang walau seminit pn..
masing2 berulang-alik menyelamatkan apa yg termampu..
ttp siapalah yg mampu melawan suratan Illahi..
air naik sehingga ke paras pinggang..
hanya doa yg mengiringi hari2 kami sepanjang 4 hari..
mengharapkan masih ada yg mampu diselamatkan..
masih berharap tiada kemungkinan buruk yg terjadi..

jumaat - 05 november 2010
setelah hampir 3 hari air sudah semakin surut..
apa yg kutahu ramai yg terpaksa menahan sebak melihatkan barangan serta perabot sudah terbalik..
malahan kedudukannya juga sudah berubah..
masyaAllah..sungguh besar kekuasaanMu..
oleh krn air masih di paras lutut tiada apa yg dapt kami lakukan..
namun seluruh keluarga telah redha dengan apa yg berlaku..

keesokannya kami kembali lagi..
air sudah semakin surut..
operasi pembersihan terus dilakukan..
banyak barangan yg dibuang..
kawasan pembuangan sampah sudah menjadi spt tempat pelupusan sampah..
tiada apa yg mungkin ditinggalkan..
novel2 kesayanganku juga sudah ditenggelami air banjir..
kini yg tinggal hanyalah memori..
dan 1 harapanku..
tiada lg gelombang ke-2 selepas ini..
cukuplah sekali kumelaluinya..

bt semua yg turut menjadi mangsa..
tabahkanlah hati..
mungkin ada rahmat yang tersembunyi..