BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, August 1, 2010

HARI LAHIR

HAHAhahah... tue suda aku, x sangka pulak akan jadi setue nie, dolu2 mase kecik2 biler tengok org yg umo 20 ke atas dah rase yg diorg nie dah tue sangat ja.... dan skrg ....

Betol la kata prof, dalam dunie nie, ada 2 benda kita x buleh halang dan biarkan die berlalu begitu je,
1. MATI
2. UMUR

dan pada pandangan sayer ade 1 lg bende kita x dapat nak halang, iaitu masa....
kalau la kiter dapat hentikan masa kan ke senang.. (yg mcm citer heroes tu)
tp dalam hidup nie kt x buleh dapat semue yg kite nak sbb ape yg kita nak belom tentu yg terbaik untuk kita kan.... haha...

Dan sebenarnye hari ini org yg paling gumbira dalam dunie nie mungkin aku.... cume aku sorang... hahahaha...
trimas la untuk kawan2 yang ucap tok my birthday tu, sayang korang la..♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥...
walau hanya ucapan tp sangt bermakna bagi diri nie.... wah!!

akhir kata, nak kongsi sikit ngan korang semue nie :

Tarikh lahir dalam Kalender Islam

Dari sahabatku buat teman-teman. Gunakan sekadar panduan dan renungan, like the old wisdom said “knowledge is power”…

Convert your date here :

http://www.islam.com/islamicdates.asp

Muharram:

Seorang yang pendiam, sihat pemikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan sempurna, walaupun begitu jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.


Safar:

Tabiatnya buruk. Tidak suka mengakui kesalahanya. Ibu bapanya perlu mendidiknya untuk menghilangkan tabiat itu, jika tidak kehidupannya menjadi susah. Walaupunbegitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ia akan mendatangkan hasil.


RabiulAwal:

Perwatakannya baik, mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga dalam pekerjaan, ramai yang menyenanginya. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras, dan mudah marah.


RabiulAkhir:

Perwatakanya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupan menjadi sukar kerana tabiat buruknya. Ibu bapanya menempuh kesukaran dalam mendidiknya.


JamadilAwal:

Dia mempunyai tingkat keyakinan diri yang tinggi. Berani dan nekad. Kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walau begitu, keberanian dan tekadnya akan menunjukan hasil usahanya, kadangkala menemui kegagalan juga .


JamadilAkhir:

Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Bila dia tahu dia salah atau keliru, dia mudah mengakuinya, bila dia tahu dia benar, pendirianya keras tidak mahu mengalah. Semasa kecil ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agak terserlah sifat-sifat yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.


Rejab:

Semasa kecil dia degil dan nakal. Ibubapanya patut mendidik dengan baik agar dapat

menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika dewasa, dia suka bersikap merendahkan diri dan tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa .


Syaaban:

Perwatakanya baik, hidup selamat rezekinya tidak putus-putus. Waktu kecil mudah mengalah bila bermain dengan kawan-kawan. Kelakuan baik, berbudi bahasa hingga semua orang suka kepadanya. Masa dewasa ia akan berjaya dalam segala dalam kerjayanya dan mudah mendapat rezeki .


Ramadhan:

Dia baik, pendiam, suka merendahkan diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenali. Tidak suka membanggakan dirinya dan kehidupannya selalu selamat.


Syawal:

Perwatakan keras. Hatinya keras. Tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan kehidupannya, oleh itu ibu bapa perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya, jika tidak, kehidupanya menjadi susah kerana perangai keras hatinya dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.


Zulkaedah:

Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia terlalu banyak berfikir, sifat ini akan membuahkan hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana terlalu banyak berfikir, dia kadangkala menjadi keliru. Seharusnya dia bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang memuaskan.


Zulhijah:

Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika dia baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaanya, kadangkala terlalum berlebih-lebihan atau sebaliknya. Oleh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah,dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatanya. Dia seringkali menyesal kerana kurang pertimbangan

sesungguhnya yang kat atas nie cuma copy n paste ja....

0 comments: