BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, November 9, 2010

JiTRa banJIr lagi..

bah..
5 thn dh berlalu slps jitra dikatakan sudah lama x dilanda banjir..
masih kuingat lg wak2 itu..
keadaan menjadi kelam kabut apabila air longkang sudah melimpahi jalan..
lalu brg2 dikemas sedikit demi sedikit namun keesokannya air telah surut kembali..
syukur kpd Allah..
keadaan dh kembali spt sedia kala..

namun..
tanggal 2 november 2010 peristiwa ini berulang kembali..
walaupun kali ini air longkang hanya mula naik ketika hampir wak2 maghrib namun tidak sampai beberapa jam air sudah memasuki rumah..
rupa2nya bnjir kali ini lebih besar dari 5 thn lalu..
kebanyakan penduduk masih tdk bersedia..
tepat jam 12.30 malam ramai yg telah meninggalkan rumah utk ke pusat pemindahan iaitu surau yg berdekatan..
suasana malam itu seakan-akan pesta krn jalan tdk pernah lengang walau seminit pn..
masing2 berulang-alik menyelamatkan apa yg termampu..
ttp siapalah yg mampu melawan suratan Illahi..
air naik sehingga ke paras pinggang..
hanya doa yg mengiringi hari2 kami sepanjang 4 hari..
mengharapkan masih ada yg mampu diselamatkan..
masih berharap tiada kemungkinan buruk yg terjadi..

jumaat - 05 november 2010
setelah hampir 3 hari air sudah semakin surut..
apa yg kutahu ramai yg terpaksa menahan sebak melihatkan barangan serta perabot sudah terbalik..
malahan kedudukannya juga sudah berubah..
masyaAllah..sungguh besar kekuasaanMu..
oleh krn air masih di paras lutut tiada apa yg dapt kami lakukan..
namun seluruh keluarga telah redha dengan apa yg berlaku..

keesokannya kami kembali lagi..
air sudah semakin surut..
operasi pembersihan terus dilakukan..
banyak barangan yg dibuang..
kawasan pembuangan sampah sudah menjadi spt tempat pelupusan sampah..
tiada apa yg mungkin ditinggalkan..
novel2 kesayanganku juga sudah ditenggelami air banjir..
kini yg tinggal hanyalah memori..
dan 1 harapanku..
tiada lg gelombang ke-2 selepas ini..
cukuplah sekali kumelaluinya..

bt semua yg turut menjadi mangsa..
tabahkanlah hati..
mungkin ada rahmat yang tersembunyi..

0 comments: