Monday, November 29, 2010
...TentanG kamI..
Posted by kisahkita at 6:01 AM 0 comments
...aSSaLamuaLaikum...
29/11/2010
Dalam dunia ini,
Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.
Tetapi dalam kita bersendiri,
Kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,
begitu juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.
Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita rasa dikhianati juga bila dia tidak seperti mana yang diharapkan.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.
Bagi kita,
Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti.
Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita.
Patutkah dia dihukum oleh kita kerana kesalahannya?
Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya?
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa, tetapi kita sering terlupa.
Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada
waktu kita memerlukan dia.
Tapi kita telah meninggalkan dia kerana kita tidak mahu dilukai lagi.
Sedangkan dia...pernahkah kita terfikir dia turut juga terluka akibat perbuatan kita?
Dia mendengar luahan perasaan kita,
Segala rasa kecewa dan ketakutan,
Harapan dan impian kita luahkan,
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita,
Hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga
Ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.
Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa
bimbangnya,rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai,
kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?
Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita.
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan,
Kerana dia juga seorang manusia, dia juga ada rasa takut, ada rasa
bimbang, sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan tak pernah lari dari kesilapan
dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.
Jadilah kita kawannya itu.
Kita selalu melihat dia ketawa,
tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.
Disebalik senyumannya itu,
mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,
Disebalik kesenangannya,
mungkin tersimpan seribu kekalutan,
kita tidak tahu
tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia,
mungkin kita akan tahu.
Posted by kisahkita at 5:42 AM 0 comments
Sunday, November 21, 2010
PERJUANGAN BELUM BERAKHIR..
"Kadang2 Allah datangkan hujan & sembunyikan matahari dari kita..
Posted by kisahkita at 4:10 PM 0 comments
Tuesday, November 9, 2010
JiTRa banJIr lagi..
bah..
5 thn dh berlalu slps jitra dikatakan sudah lama x dilanda banjir..
masih kuingat lg wak2 itu..
keadaan menjadi kelam kabut apabila air longkang sudah melimpahi jalan..
lalu brg2 dikemas sedikit demi sedikit namun keesokannya air telah surut kembali..
syukur kpd Allah..
keadaan dh kembali spt sedia kala..
namun..
tanggal 2 november 2010 peristiwa ini berulang kembali..
walaupun kali ini air longkang hanya mula naik ketika hampir wak2 maghrib namun tidak sampai beberapa jam air sudah memasuki rumah..
rupa2nya bnjir kali ini lebih besar dari 5 thn lalu..
kebanyakan penduduk masih tdk bersedia..
tepat jam 12.30 malam ramai yg telah meninggalkan rumah utk ke pusat pemindahan iaitu surau yg berdekatan..
suasana malam itu seakan-akan pesta krn jalan tdk pernah lengang walau seminit pn..
masing2 berulang-alik menyelamatkan apa yg termampu..
ttp siapalah yg mampu melawan suratan Illahi..
air naik sehingga ke paras pinggang..
hanya doa yg mengiringi hari2 kami sepanjang 4 hari..
mengharapkan masih ada yg mampu diselamatkan..
masih berharap tiada kemungkinan buruk yg terjadi..
jumaat - 05 november 2010
setelah hampir 3 hari air sudah semakin surut..
apa yg kutahu ramai yg terpaksa menahan sebak melihatkan barangan serta perabot sudah terbalik..
malahan kedudukannya juga sudah berubah..
masyaAllah..sungguh besar kekuasaanMu..
oleh krn air masih di paras lutut tiada apa yg dapt kami lakukan..
namun seluruh keluarga telah redha dengan apa yg berlaku..
keesokannya kami kembali lagi..
air sudah semakin surut..
operasi pembersihan terus dilakukan..
banyak barangan yg dibuang..
kawasan pembuangan sampah sudah menjadi spt tempat pelupusan sampah..
tiada apa yg mungkin ditinggalkan..
novel2 kesayanganku juga sudah ditenggelami air banjir..
kini yg tinggal hanyalah memori..
dan 1 harapanku..
tiada lg gelombang ke-2 selepas ini..
cukuplah sekali kumelaluinya..
bt semua yg turut menjadi mangsa..
tabahkanlah hati..
mungkin ada rahmat yang tersembunyi..
Posted by kisahkita at 8:40 AM 0 comments
Monday, October 25, 2010
Bila pena berbicara
Posted by kisahkita at 8:43 PM 0 comments
Friday, October 8, 2010
Tuesday, September 28, 2010
::: KisAh KiTa KemBaLi LaGi :::
Assalamulaikum..
Posted by kisahkita at 1:31 AM 0 comments
Saturday, September 25, 2010
JAMUAN RAYA LPS..;)
Semoga ukhwah yang terjalin tidak terputus setakat ini sahaja..Thanx utk suma pengalaman yg telah kita lalui..Bermula dgn program ke rumah anak yatim sehinggalah ke jamuan raya ini..
Sempat lg bergambar selepas mkn..
~Gmbr2 lain x sempat nk upl0ad lg..hehe~
Posted by kisahkita at 1:36 PM 0 comments
Thursday, September 23, 2010
AKU RINDU SAYANG KAMU!!!
Posted by kisahkita at 8:28 PM 0 comments
Monday, August 30, 2010
kami dimana-mana
Posted by kisahkita at 12:41 PM 0 comments
Monday, August 23, 2010
kebetulan jgk ke?
salam Ramadhan bt suma..rsanya dh hmpr smggu blog ni x diupdate..rndu plk nk tlis kt cni..(haha..iyakan ja ek)..tngk tjuk pn mcm ada crta mnrik ja..hehe,klau x blog ni msti x terusik..
sem ni ja dh bp bnyk kebetulan yg kami ber3 alami..tp ni yg terbaru,tuk klas wacana jgk..ntah mcm mna ari 2 kt dpn pn2 ada tmpl krts(konon2nya memo la) klas diubah ke blik lain tp x dsbut pn utk group mna..jd kmi pn cuba la tngk blik yg dimksudkan.."eh2,ada klas lain la..xkn puan nk bt kt cni..msuk jela klas kta blk"..dh 2 kmi pn msuk klas kmi..nmpk mcm ada sorg student ja..tngh ranck2 berbual tba2 student 2 bngn dari tmpt dia duduk dan trus jln kuar..
"alamak,lecturer la"
"a'ah..mcm mna ni?malunya!!"
"jom2,kita kuar ikut pntu blkg..jap g msti dia msuk blk"
haha..2 antara perbualan kami yg terkejut mlht siapa sbnrnya org 2..kelakar sgt..trus kmi amk beg dan kuar ikut pn2 blkg..fuh,lega rsanya bla dh blh kuar..bla kt luar ada plk yg nk g toilet..tp rsanya kmi skjap ja kt sna..lpas 2 trus tggu dpn klas blk..ikutkan niat hati mmg nk trus blk ja tp msih ada sdkt rsa tanggung jawab tuk xnak ponteng klas..jd tggu pnya tggu adala 3 org hamba Allah msuk dlm klas..tiba2 ja terdengar suara puan.."alamak,bla plk puan ni msuk,td xdk org pn"..dgn muka slumbernya kami pn trus msuk dan dduk kt tmpt biasa..tba2 ada org antar attendant..nk tau sp?..mamat yg kmi ckp lecturer td la..haha..mmg btul2 kebetulan..rupa2nya dia bdk PALAPES..dh 2 se'group' plk dgn kami tuk bt asgment yg semalaman kami xtido..hehe..
tp kebetulan yg ni lg best...
Isnin-23/08/10
ari ni ada satu lg presentation ..walaupun ada sdkt mslh dgn slide pada awalnya tp akhirnya prkra 2 dpt diselesaikan jgk..abs saja klas kt pc kami trus ke kampus utk klas 3P plk..aik,ada klas lain plk ari ni..sllunya mcm x ada pn..tp nsib baik la x msuk trus ja wk2 2,klau x ntah mcm mna la jdnya..smntara nk tggu klas 2 abs kami jln2 kt fakulti yg ada dkt2 klas 2..ada bnyk gmbr2 staf yg dipamerkan kt c2 dan ada jgk yg mencuit hati smpai tergelak kami melihatnya..maklumla mcm2 gaya ada..tup2,ada org kuar dri pejabat fakulti dan tegur kami smbl tnjk2 gmbr dia..mak aiii,malunya kami..ni nk perli ke?lpas ni comfirm xnk prgi dh kt c2..
apsal la dia nk tgur2 kami,bt xtahu sdah la..adoiyaii..
haha..bt rakan2ku,smpn suma kenangan kita ni tau..kita hanya mampu merancang,tp perancangan Allah tiada siapa yang tahu..mungkin suma ni ada hikmah..chaiyok2 utk hari esok dan seterusnya..;)
Posted by kisahkita at 5:49 AM 0 comments
Tuesday, August 17, 2010
Ting Tong,Ting Tong..New message
Salam sayang bt suma..Mcm mna puasa ari ni?Alhamdulillah dh hari ke-7 kita suma berpuasa.Ntah kenapa tiba2 terasa nk tulis sesuatu kt cni,padahal mcm x ada apa2 yg pnting pn.Mungkin nk tenangkan hati ja..Huhu..rasa rindu pada rumah 2 dh semakin menebal,klau blh hari ni jgk nk blk..='(
Skang ni bt apa pn asyik ingt umah ja..agaknya betul kata org.."klau kta ingtkn seseorang 2 sbnrnya dia pn ingtkn kita jgk" hehe..ptutla mak dgn abah tiap2 ari call..
17 hari lg berbaki nk puasa kt cni..xsbarnya rsa nk blk.Nnt kt umah blh lupakan kejap psal asgment,presentation,kwn2(eh2,nk lupakan jgk ek?..hehe)
Kadang2 bila bersendirian teringat plk lagu 'Menaruh Harapan'..ermm,yg Zaiton Sameon nyanyi 2..lirik dia ada lbh kurang mcm ni..
Sepanjang perjalanan ini
Lembah dan lurah ku lewati
Ketenangan yang ku cari
Belum ku temui
Ku menghimpun doa bertahun
Mencari pepohon yang rimbun
Bertemu dahan yang rapuh
Tempat ku berteduh
Dulu aku sendiri
Kini masih sendiri
Hadapi hidup ini
Susah senang diri ku
Tak bertempat mengadu
Seperti burung kepatahan sayap...
Dihati kecil ku menaruh harapan...
Selagi hidup belum sudah
Aku akan terus melangkah
Ku yakin rahmat buat ku
Di hadapan menunggu...
Best sgt lirik dia..Ada maksud yg mendalam.Klau nk diimbas kembali lirik 2 mcm kena ja dgn Zaiton Sameon lpas apa yg berlaku kt dia..Huhu..apa2 pn kta kena redha dgn setiap apa yg terjadi..msti ada hikmah yg tersembunyi,cuma kita ja yg x sedar..biasala kita ni asyik nmpk yg buruk ja..tp apa2 pn bt suma klau ada masa cuba2 la dgr lagu 2..hehe..k,bye2..
Posted by kisahkita at 1:08 AM 0 comments
Sunday, August 15, 2010
HAI!!!!!!!
Posted by kisahkita at 10:16 AM 0 comments
Monday, August 2, 2010
30 PERKARA YANG PEREMPUAN TAK SEMPAT BERITAHU LELAKI
wah2,tengok tajuk pn macam menarik ja..walaupun xsumanya betul tp rasa-rasanya mungkin ada juga yang hampir2 tepat..selamat membaca ek;)
1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4. Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tahu macam mana nak menerima pujian.
7.Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.
8. Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dantulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.
14. Jika kamu menyukai seorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15. Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!
18. Selepas seorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19.Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati seorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
27. Senjata wanita adalah airmata!!
28.Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu
hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa
Posted by kisahkita at 10:47 AM 0 comments
Sunday, August 1, 2010
HARI LAHIR
Tarikh lahir dalam Kalender Islam
Dari sahabatku buat teman-teman. Gunakan sekadar panduan dan renungan, like the old wisdom said “knowledge is power”…
Convert your date here :
http://www.islam.com/islamicdates.asp
Muharram:
Seorang yang pendiam, sihat pemikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan sempurna, walaupun begitu jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.
Safar:
Tabiatnya buruk. Tidak suka mengakui kesalahanya. Ibu bapanya perlu mendidiknya untuk menghilangkan tabiat itu, jika tidak kehidupannya menjadi susah. Walaupunbegitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ia akan mendatangkan hasil.
RabiulAwal:
Perwatakannya baik, mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga dalam pekerjaan, ramai yang menyenanginya. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras, dan mudah marah.
RabiulAkhir:
Perwatakanya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupan menjadi sukar kerana tabiat buruknya. Ibu bapanya menempuh kesukaran dalam mendidiknya.
JamadilAwal:
Dia mempunyai tingkat keyakinan diri yang tinggi. Berani dan nekad. Kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walau begitu, keberanian dan tekadnya akan menunjukan hasil usahanya, kadangkala menemui kegagalan juga .
JamadilAkhir:
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Bila dia tahu dia salah atau keliru, dia mudah mengakuinya, bila dia tahu dia benar, pendirianya keras tidak mahu mengalah. Semasa kecil ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agak terserlah sifat-sifat yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.
Rejab:
Semasa kecil dia degil dan nakal. Ibubapanya patut mendidik dengan baik agar dapat
menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika dewasa, dia suka bersikap merendahkan diri dan tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa .
Syaaban:
Perwatakanya baik, hidup selamat rezekinya tidak putus-putus. Waktu kecil mudah mengalah bila bermain dengan kawan-kawan. Kelakuan baik, berbudi bahasa hingga semua orang suka kepadanya. Masa dewasa ia akan berjaya dalam segala dalam kerjayanya dan mudah mendapat rezeki .
Ramadhan:
Dia baik, pendiam, suka merendahkan diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenali. Tidak suka membanggakan dirinya dan kehidupannya selalu selamat.
Syawal:
Perwatakan keras. Hatinya keras. Tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan kehidupannya, oleh itu ibu bapa perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya, jika tidak, kehidupanya menjadi susah kerana perangai keras hatinya dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.
Zulkaedah:
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia terlalu banyak berfikir, sifat ini akan membuahkan hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana terlalu banyak berfikir, dia kadangkala menjadi keliru. Seharusnya dia bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang memuaskan.
Zulhijah:
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika dia baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaanya, kadangkala terlalum berlebih-lebihan atau sebaliknya. Oleh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah,dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatanya. Dia seringkali menyesal kerana kurang pertimbangan
Posted by kisahkita at 11:30 PM 0 comments
..SALam PeRteMUaN...
KISAH KITA kembali lagi...
Tanggal 2 Ogos nie, adalah hari penting bt salah sorang dr kami.. al maklum laa, bru beberapa jam td jer bru meniTi alam 21 tahun. exCited laa ckit, smpaikn x Terkejor asgment dek nGn FB nyer tuh ramai org wish. Jeles lak tgok nyer, tp xpelaa asalkan dia bhgia..so, dak zur dh msuk 21 tahun n then shira lak akn myusul kemudian selang beberapa hari je lg.
org kt sni just nak say.. "HAPPY BIZDAY KAWAN".. Semoga ngko dipnjangkan umor dn dimurahkan rezeki. kiut x kucing n arnab tuh? org bg gift ni je la ekk..xyah nk demand2 ea.. terUskaN jaDi bUdaK BAekkkk...peAce no War!!! bubyeeee....
Posted by kisahkita at 10:08 AM 0 comments
Friday, July 30, 2010
..salam sayang..
new post utk KISAH KITA.. ni nk komen ckit sal video tuh, apsal laa kabur sgt gmbor tuh? huhu.. byak betoi perubahan kt blog nie. ada peningkatan nih. bagus2 rakan blog KISAH KITA. diharapkan semua nyer akan berjalan dgn lancar seiring dgn apa yang dirancang...
Posted by kisahkita at 9:17 AM 0 comments
dengar kami nyanyi.... haha
lagu nie dinyanyikan oleh penyanyi2 terbaik dunie.....
sapa2 dengo pasti mengalirkan air mate sbb terharu mungkin...haha
kami tau kami mmg berbakat dalam bidang nyanyian nie, (ikhlas beb nie, betol, x tipu)
kami tau sore kami sdp, kalah siti u...wah!!
sbb tu la kami mls nak libatkan diri dalam bdg nyanyian,
sian la kat artis malaysia, karang x le cr makan pulok,
almaklumla mrke2 tu blajo pon kan pandai ngat kan....
OPSSS!!TERLEBIH SUDA!!
lagu nie ktrg nyanyikan di suatu malam yg hening lg dingin..
lokasi adalah kat umah busra, ktrg tido diumah beliau malam tu...
walau pon kami nyanyi sekuat ati, x de lak sape2 pon yg menegur nye, suare sedap la katekan.. (tah2 diorg igt bunyi katak x?)
gambo2 dlm video nie lak adalah semue xtvt ktrg sepanjang kat upsi nie... haha
x banyak yg ktrg buat
tp sangt menghiburkan
rasenye la kan, x kire pe pon yg kt wat, asal benda tu kite wat ngan kawan kite, semuenye pon jd best... rasenye la....
sbb tu la kite mmg perlukan kawan dlm idup nie kan
ssh nye rase kalau x dak kwn (kalo x dak kwn, gua lari blk kg beb)
lg ramai kawan lg best la kan
tp kami x da ramai sgt kwn
sbb tu la
kami selalu ada mslh kalo soh wat kumpln
sbb kami x cukup ahli
hahaha
dan bile mane kami terpakse dok satu group ngan mereka2 yg bijak pandai nie, kami mesti rase seram sejok....haha
almaklumla, kami x mampu wat kerja sebaik diorg...
risau gak diorg x puas ati nnt... (kalo ktrg nye keje, janji siap ja... untong sgt la kalo siap..haha)
akhir kata
A loyal friend laughs at your jokes when they're not so good, and sympathizes with your problems when they're not so bad. ~Arnold H. Glasgow
A friend knows the song in my heart and sings it to me when my memory fails. ~Donna Roberts
If you're alone, I'll be your shadow. If you want to cry, I'll be your shoulder. If you want a hug, I'll be your pillow. If you need to be happy, I'll be your smile. But anytime you need a friend, I'll just be me. ~Author Unknown
Posted by kisahkita at 12:38 AM 0 comments
Thursday, July 29, 2010
...KisaH kiTa BermuLa Lagi..eDit By BuSra aNa=D
..salam sayang bt rakan2x blog KISAH KITA n bt kengkawan yg slalu melawat blog ini. kami hargai dan mengalu-alukan kehadiran anda ke blog KISAH KITA..=D
Disini ada sedikit kata-kata nasihat myb bt pnduan kita semua.. 'Lihatlah disekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; Sepanjang hidup dan usia mu Jangan mudah berputus harapan, Senyum yang engkau berikan dan airmata yang kau titiskan..SIMPAN.. jadikan Tauladan; Segala yang kau pandang dan dengar..SIMPAN.. buat Pedoman..'=) nukilan Busra Ana..
..YAKINLAH DGN DIRI ANDA DAN HADAPI SEMUA KESULITAN DGN SEMANGAT JUANG YANG TINGGI..pASTIKAN dOA SNTIASA MENGIRINGI ANDA..anda BOLEH, kAMI BOLEH n KISAH KITA BOLEH...!!!!!
..DETIK jam pukul 2.30 pagi, permulaan 'First Time' bagi aku utk men 'explore' kn blog nih utk ku jadikan landasan utk ak berdiskusi dn jga nk cter2 ckit sal diri ak n KISAH KITA exspecially nyer. ucpan TQ a Lot.. dulu bt kwn2 ak 'KISAH KITA' krn ak xpercaya yg kita mpyai blog sndiri. sgguh ku xsgka, angan2x nk ada blog sndiri tu mnjadi knyataan n smesti nyer ni hasil idea dak Zur n sterusnya shIra disokong pulak oleh Busra..wlaupun blog nih just simple jer, tp kami berbgga krn KISAH KITA nih sebenarnyer membawa kami cuba menerokai alam Blogging nie..
...bermula dr bt Blog kpd Edit n Design blog, pastu kami terokai lg dgn men'upload' lagu, gmbar dn berusaha utk mnjadikan blog ini secantik dan sehebat cm blog org len.. sekurang-sekurangnyer, kami berbangga dgn hasil kerja sndiri wlaupun nmpak 'cincau' jer blog nih. pape pn kami berasa hepi dgn melakukan ini smua dn bkn krn keterpaksaan..yang penting dgn HATI YANG IKHLAS..btoi x? haha..
aper lg nk cter ea... hmm..okey, KISAH KITA nie tercetus time kteorg nk p surau nk dgr ceramah ttg Palestin. malam jam 8.00 mlm, tetiba jer smpai surau, kami bercadang utk stay kt luar jer myb nk hirup udara malam kot. dgn xsgaja nyer, dak zur tu kuarkan idea ntah pape laa n dak shira laa ON jer org lak ape lg, gne treat 'On da Sport' laa.. so, lph p surau tu kteorg mnuju ke foyer laa coz nk tunaikan idea dak zur tuh. idea dye simple jer..'JOM P KAMPUS' nk tau sbb per, sbb nyer kteorg geram tgok bas ada kt dpn kteorg tuh. dh laa xder org nek, pastu sng2 cengitu jer ada. dhla time nk dptkn bas, slalu jer xder terutamanyer ari sabtu time ko. tp ble xnk nek bas..senang2 jer dye ada kt dpn..tnpa pikir pjg, kteorg dgn tnpa segan silu nyer dan tanpa hala tujuan terus nek laa bas tuh. nk dijdik kn cter, kteorg pn xtau aper yg kteorg nk bt lepas tuh.. hahaha..
....tiba jer kt kampus, kteorg turun laa dr bas tuh. masa tuh cm pening2x lalat laa, cm org hilang anak xtau nk p maner.. lepas discuss ckit2x, kteorg pn plan nk p kdai makan yg bru kt dpn kmpus tuh..nama aper ntah, dh lupaa lak..bila smpai jer sner, kteorg pn order laa air.. Air dye mmg best..'FRESH OREN + APPLE', fuhhh..pekat giler. mmg real laa air tuh.. xnyesal laa mnum kt stu..huhu..lpas jer selesai mnum, kteorg pn blik laa kolej smulaa..kelakar lak, p kampus smta-mata nk minum sdgkn kteorg xplan pn nk p kmpus, just nk p surau jer.. ntahlaa, hasutan aper laa yg membawa kami mnuju ke kmpus dgn perasaan gembira n bhgia nyer x terungkap!! tetapi..ada hikmah dsebalik tu smua..dan hanya kami shja yg tahu..myb ikatan persahabatan or kerjasama, or muafakatan n myb jgak keserasian diantra kami. maka wujudlah..KISAH KITA..
cukup smpai itu aje laa stakat nih, rasa mngantuk lak..nk tidoo..okey laa smua. bubyee..love u!!
Posted by kisahkita at 11:22 AM 0 comments